Selasa, 2 April 2013

Pembenci / Adu Domba


Topic perbincangan didalam Radio Bernama minggu yang lalu membincangkan tajuk "Pembenci / Adu Domba".

Disini saya ingin mengupas kembali apakah yang di maksudkan dengan topic tersebut.


Ilmu pembenci adalah ilmu hitam yang ditaburkan atau diperdagangkan oleh para dukun, bomoh atau tukang sihir kepada masyarakat yang memerlukan khidmat bagi memudaratkan sasaran atau musuh agar menerima kehancuran dalam perhubungan seperti dalam kehidupan rumah tangga, yang bakal mendirikan rumah tangga dan lain-lain perhubungan. Lebih menyedihkan lagi apabila pasangan yang telah membina rumah tangga selama bertahun-tahun lamanya dengan secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk berpisah atas sebab-sebab yang tidak jelas atau tidak masuk akal.

Persoalan yang lazim dari masyarakat:

·      Apakah tanda-tanda pasangan yang terkena ilmu pembenci?

d   Tanda ² pasangan yang terkena sihir jenis ini adalah mereka merasa tidak tenteram terutama apabila berdekatan dengan pasangan. Benci atau tidak suka melihat wajah, mendengar apa yang dibicarakan dan  tidak mahu bersama dlm apa jua keadaan. Terdapat juga simtom² pada fizikal iaitu, sakit kepala berpanjangan (mudah stress), sakit pinggang, sakit dlm perut atau mana mana anggota badan yang lain tanpa sebab. 

·     Siapakah yang bersedia menjadi sasaran ilmu pembenci ini?

   Dalam kebanyakan kes, kebiasaannya adalah pasangan suami isteri, peniaga, golongan ternama seperti artis atau angota pemerintah.

·     Adakah ilmu pembenci ini akan meninggalkan pasangan setelah pasangan berpisah?

     Sihir ganguan JIN ini tidak akan meninggalkan pesakit sekalipun misi mereka sudah berjaya, ini kerana misi utama JIN laknat terkutuk ini tidak lain dari 'membawa sebanyak²nya umat manusia terutama umat Muhammad ke neraka bersama mereka. Jadi jika mereka sudah berjaya menjalankan misi mereka seperti yang diarah oleh Tukang sihir, mereka masih ada lagi misi utama yang mesti di jalankan atas arahan Raja laknat terkutuk ini seperti sumpah IBLIS didalam alQuran.

       Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, (82) Surah Sad

·     Adakah ilmu pembenci ini memberi tempias/kesan kepada ahli keluarga?

     Sebangai mana sumpah IBLIS dalam ayat diatas, maka tidak akan terlepas seorang pun anak keturunan Adam a.s dari godaan kerja jahat yang akan dilakukan oleh bangsa laknat terkutuk ini.

     Musnad Ahmad 13858: Telah bercerita kepada kami Abu Mu’awiyah telah bercerita kepada kami Al ‘A’masy dari Abu Sufyan dari Jabir berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Iblis meletakkan istananya di atas air kemudian mengutus pasukannya. Singgasana paling rendah di air dihuni oleh yang paling besar kejahatannya, Iblis mendatangi satu persatu anggotanya, ada yang menjawab ‘Saya telah melakukan ini dan itu’, maka (Iblis) berkata; ‘Kamu belum berbuat apa-apa”. (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Kemudian ia mendatangi yang lain dan berkata; ‘Saya tidak meninggalkan dia, sampai saya bisa memisahkan dia dengan isterinya’”. (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Maka ia (iblis) tersebut menjadikan anggotanya yang telah berhasil memisahkan suami-isteri itu dekat dengannya”, atau beliau bersabda: “Maka ia selalui menyertainya, hingga raja iblis itu berkata; ‘Anak buah terbaik adalah kamu”. Abu Mu’awiyah pernah berkata; “Maka Iblis menjadikan anggotanya itu sangat dekat” dengannya.

     Berdasarkan Hadis diatas maka boleh dilihat bertapa IBLIS amat sayang kepada angotanya yang mampu membuat pasangan suami isteri berpisah.

   Marilah kita bersama sama muhasabah diri dengan mengenal tanda² ganguan sihir dalam keluarga kita dan jangan kita semata² menunding jari menyalahkan pasangan atau orang lain.

   Jika anda ada memiliki tanda² seperti diatas, maka segeralah pergi berjumpa dengan pakar perubatan yang mempunyai kepakaran dalam perubatan islam.






      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan