Selasa, 16 April 2013

PERSOALAN : MENGENALI PERAWAT

Kami menerima email dari follower blog ini, menyuarakan hasrat murni dalam berjihad memerangi Tipu Daya Syaitan yang semakin menular dikalangan umat islam di malaysia. ikuti PERSOALAN yang di lontarkan oleh beliau :-



Assalamualaikum, Ustaz dan para admin

Ustaz, dalam beberapa artikel di internet saya telah membaca tentang bahayanya berjumpa bomoh/dukun/pawang kerana membawa kepada khurafat dan syirik. Sejak kecil lagi, kita memang didedahkan dengan nasihat seperti ini, jangan jumpa bomoh yang pakai asap, yang minta sembelih ayam, yang membaca jampi dalam bahasa yang tidak difahami dsbg. Jadi amat mudahlah kita mengenali bomoh2 khurafat seperti itu.


  • Malangnya, sekarang ini ramai bomoh berselindung di sebalik nama perawat Islam. 
  • Mereka dikenali sebagai ustaz/ustazah/haji/hajah, bukannya bomoh. (Walaupun mereka tidak pernah belajar agama di peringkat tinggi, atau mengajar agama)
  • Mereka tidak membaca jampi dalam bahasa Jawa, tapi memulakan jampi dengan al-fatihah dan selawat. Dan sentiasa memberi nasihat berunsur agama pada pesakit.
  • Tapi, hakikatnya mereka bukanlah perawat yang mengamalkan ruqyah syariah.

Saya berani berkata begitu kerana saya sudah berjumpa dengan beberapa orang 'ustaz' dan 'ustazah' ini.
Mengaku perawat Islam, tapi melakukan pembedahan batin, menurun, meminta gambar, mendakwa malaikat membantunya dlm setiap pekerjaan, melakukan rawatan jarak jauh, menilik dari jauh sehinggakan ada yang mendakwa dapat mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh roh orang yang sudah mati.
Paling best; 'tak belajar, dapat ilmu rawatan direct dari Allah.'

Apabila saya jumpa hadith tentang mendatangi penujum/penilik dan solat tak diterima 40 hari, saya rasa nak pitam. Dulu saya sangat jahil tentang ini, (mungkin sekarang masih jahil). Setelah saya sedar, saya berazam untuk menyelamatkan aqidah orang lain juga, dan saya harus sebarkan ilmu haq yang saya dapat dari orang yang haq.

Saya tahu pembedahan batin itu haram, tapi dulu saya tak tahu apa yang perawat itu buat pada saya merupakan pembedahan batin. Saya tahu menurun itu haram, dan melibatkan jin, tapi dulu saya tak tahu pula perlakuan perawat itu yang merawat dalam keadaan tertidur adalah menurun sehinggalah saya diberitahu ustaz dari pej agama daerah. Saya tahu menujum itu haram, tapi dulu saya ingat menujum itu hanya bermaksud bertanya perkara masa depan. 

Saya bukan nak kata mereka itu jahat, mungkin mereka tak sedar mereka ditipu jin. Mereka sangka mereka mendapat ilmu/ilham dari malaikat (lelaki berjubah putih dan berjanggut). Mereka sangka mereka itu mendapat karamah atau ma'unah.

Apa yang lagi membimbangkan adalah, ketaksuban orang terhadap perawat ini akhirnya membawa kepada ajaran sesat (cthnya yang saya sendiri pernah terlibat dengan) kerana pesakit akan menurut setiap nasihat dan arahan perawat.

Oleh itu, saya minta jasa baik ustaz menulis dan menyiarkan artikel panduan bagi mengenali perawat-perawat Islam yang didampingi jin atau ilmu bathil ini supaya tak terjebak dengan khurafat. Mungkin juga perlu penjelasan lebih tentang apa itu pembedahan batin, menurun, menilik etc kerana sekarang ini semua dimulakan dgn bacaan Quran jadi pesakit ingat itu cara itu mengikut syariah. 
Saya dapati dari golongan asatizah, bertudung labuh, berserban juga ada yang mendapatkan rawatan dari bomoh spt ini. 

Ustaz tolong doakan akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 dikuatkuasakan secepat mungkin, agar JAKIM lebih mudah untuk memantau bomoh-bomoh yang menyesatkan ini. Saya juga berdoa Akta Jenayah Sihir digubal segera bagi menangani masalah ini.

Semoga usaha kita dalam berdakwah dan menyelamatkan aqidah umat Islam diberkati Allah.

Wallahua'lam.

-Hamba Allah-

Untuk topik akan datang kami akan mengupas berkenaan dengan Method rawatan yang ada di Malaysia ( setakat yang kami ketahui) agar dapat kita mengenalpasti dan membuat perbandingan dalam tujuan perubatan ini.

InsyaAllah.

Jangan lupa menjadi Follower kami

Wasalam



1 ulasan:

  1. Assalammualaikum, apaa yg saudara lakukan untuk tidak terus sesatt dalam ilmu nie? Sayaa menyesal sngat sbb pergi berubat dgn perawat yg didampingin jin.. Sayaa takut sngt.. Mohonn Bantu saya

    BalasPadam