Jin

Jin, Syaitan Dan Iblis Laknat Terkutuk

Pengetahuan dan rahsia-rahsia  tentang jin

 Apakah jin, syaitan dan iblis?

Ulamak-ulamak sepakat mengatakan kewujudan jin, syaitan dan iblis wajib dipercayai. Jika tidak mempercayai kewujudan mereka maka jatuh kufur kerana mengengkari keterangan-keterangan yang tercatat di dalam Al Quran dan hadis.

Jin adalah keturunan daripada Al –Jan yang telah diciptakan Allah pada zaman manusia belum lagi dicipta. Al Quran memberitahu bahawa mereka ini dicipta dari api yang di sebut sebagai nar al-samum (api yang sangat panas).

Firman Allah:

“ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin  (sebelum Adam) daripada api yang sangat panas”

                                                            (Surah al-Hijr 15: 26-27)

Syaitan pula adalah juga dari keturunan jin dan juga dicipta dari api. Syaitan-syaitan ini merupakan bala tentera iblis . Mereka inilah yang selama ini merosakkan, menghasut, membuat kacau- bilau dan menjahanamkan zuriat keturunan Adam. Tujuan utama mereka tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyesatkan manusia supaya terpesong dari ajaran Islam dan mengengkari setiap suruhan Allah. Dengan sebab itu maka lebih ramailah manusia yang tertipu dan sama-sama terjun ke dalam neraka Jahannam . Syaitan itu kesemuanya jahat dan tidak ada yang baik . Degil dan egonya sangat tinggi sehingga mengengkari  semua suruhan Allah sedang mereka tahu kekuasaan Allah serta azab yang  bakal menimpa mereka.

Berbeza dengan jin , ada yang taat dan mengamalkan Islam seperti yang termaktub di dalam Al Quran .


Firman Allah:

“Katakanlah (hai Muhammad) : ‘ Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya telah mendengarkan sekumpulan jin (ke atas       Al Quran)  lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al Quran yang menakjubkan (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar lalu kami beriman kepadanya. Dan Kami sekali-kali tidak akan menyengutukan  seseorang pun dengan Tuhan kami.’ “
                                                               ( Surah al-Jinn 72: 1-2)

Sementara itu ada pula jin yang jahat , kafir dan kerjanya hanya membuat kacau bilau.

Firman Allah :

“Dan sesungguhnya antara kami (jin) ada orang-orang yang taat dan ada pula orang-orang yang menyimpang dari kebenaran.”

                                                                 ( Surah al-Jinn 72: 14 )

Iblis pula adalah ketua syaitan yang memang ada di ceritakan di dalam Al Quran . Dia juga berbangsa jin. Iblis  ini adalah ‘mastermind’ di dalam menyusun strategi menipu dan menyesatkan manusia sejagat.  Ada kemungkinan iblis ini dari golongan jin dari keturunan ifrit. Iblis ini mempunyai keturunannya sendiri yang turut bekerjasama dengannya menyesatkan manusia (Secara umumnya keturunan Iblis juga dipanggil iblis). Dendam kesumat dan hasad dengki yang berpunca dari peristiwa keengganan dia untuk sujud kepada Nabi Adam menjadi faktor utama mereka begitu membenci keturunan manusia.  Iblis dan keturunannya betul-betul beriltizam dan bersungguh-sungguh untuk menyesatkan , membuat porak peranda dan kerosakan kepada semua zuriat keturunan Adam dengan apa cara sekali pun.

Firman Allah:

“ Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat:
‘Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Ia (iblis) adalah dari golongan jin , maka ia menderhakai perintah Tuhannya . Patutkah kamu mengambilnya dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Ku , sedangkan mereka musuh kamu ? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti ( daripada Allah) bagi orang yang zalim.’ “

                                                                ( Surah al-Kahfi 18: 50)

Bagaimana dengan hantu , jembalang , langsuir , pontianak, toyol dan banyak lagi nama-nama diberi kepada mereka ini?
Bagaimana dengan ‘ghost’, ‘spooks’ , ‘ghouls’, ‘ vampire’dan banyak lagi nama yang diberi dalam bahasa Inggeris? Jika anda selalu menonton filem Cina , Siam  atau India ,maka mereka juga mempercayai kewujudan makhluk bernama hantu ini secara umumnya. Apakah kaitannya dengan jin, syaitan dan iblis?

Melalui kajian kami , sebenarnya hantu atau apa nama saja nama diberi semuanya adalah jin, syaitan dan iblis yang diberi nama yang pelbagai mengikut adat, bahasa dan tradisi sesuatu bangsa atau kaum tertentu. Maka tidak hairanlah jika kaum Orang Asli pun mempunyai nama- nama khusus untuk hantu-hantu tertentu!
Pada hakikatnya mereka semua adalah jin juga yang boleh menyerupai berbagai bentuk .


Ciri-ciri jin

1.    Bersifat ghaib

Secara umumnya jin itu tidak dapat dilihat oleh manusia.Mata kasar manusia tidak dapat menangkap gambaran sebenar rupa bentuk jin itu. Dari pengkajian kami , ada beberapa keadaan di mana jin ini boleh dilihat oleh manusia.

i)Apabila jin tersebut membuat keputusan untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia .
Walaubagaimana pun itu bukanlah rupa yang asal mereka. Jin mempunyai kebolehan untuk menyerupai sesuatu bentuk seperti imej yang menakutkan seperti pontianak, pocong, ular,  anjing hitam , kucing hitam  atau manusia misalnya  .Bagaimana mereka boleh menyerupai yang seperti itu tidak dapat di jangkau oleh pengetahuan manusia. Mungkin dengan cara mereka mengamalkan kalimat tertentu melalui izin dan petunjuk Allah sehingga mereka dapat mengubah rupa di dalam lingkungan bentuk yang hanya diizinkan Allah. Wallahu a’lam. Maka dengan kebolehan tersebut maka terbiasalah kita mendengar orang-orang ketakutan melihat hantu di pokok -pokok besar atau di kuburan. Lumrah juga kita mendengar orang melihat ular hitam masuk ke rumah atau kucing hitam muncul di halaman tetapi ghaib bila di tegur. Pernah juga orang bercerita melihat kelibat manusia yang serupa dengan orang tertentu di rumah sedang orang itu sebenarnya sudah keluar rumah sekian lama dan mungkin akan pulang beberapa hari kemudian . Ini banyak berlaku pada isteri pengamal  ilmu hitam yang menyangka suaminya ada di rumah pada hal jin peliharaan suaminya itu yang merupai bentuk suaminya!Harus diberitahu pula bahawa rupa asal yang asli makhluk jin itu tidaklah kita ketahui.

ii) Apabila pesakit terkena gangguan sihir. Perkara ini biasa berlaku kepada pesakit-pesakit yang terkena gangguan jin atas sebab disihirkan pawang-pawang yang jahat. Biasanya jin-jin yang mengganggu tersebut akan memperlihatkan diri dalam keadaan pesakit itu sedar atau separuh sedar dengan tujuan untuk menakutkan si pesakit tersebut. Ada juga pesakit yang melihat bola-bola api di dalam rumah. Ada pesakit yang melihat lembaga hitam yang berbau busuk di dalam kamar tidur memerhati dari satu sudut. Ada pesakit menceritakan melihat banyak ular di atas sejadah ketika mulai hendak melakukan solat sedangkan sebelum itu tiada ular pun yang masuk ke dalam biliknya!

iii) Apabila  seseorang itu mengamalkan ilmu hitam atau ilmu yang melibatkan bantuan jin. Kemungkinan besar orang yang mengamalkan ilmu yang seperti itu mendapat bantuan secara langsung dari jin  supaya boleh melihat mereka. Dengan itu pengamal tersebut menjadi lebih sesat lagi sebab dia menyangka yang dia sudah mendapat ilmu hikmah, atau kelebihan atau menjadi kasyaf. Kami berpendapat bentuk yang dilihat itu bukanlah bentuk asal jin tersebut. Bentuk yang biasa dilihat adalah bentuk-bentuk yang menakutkan atau juga bentuk-bentuk orang alim , wali-wali atau malaikat kononnya!

iv) Kanak-kanak atau bayi . Pada umumnya , kami berpendapat,  bayi mungkin boleh melihat makhluk halus tersebut . Banyak kejadian yang mana bayi kecil menangis tidak henti-henti sambil matanya terfokus kepada sesuatu objek yang orang lain tidak dapat melihat. Ibunya menyangka anaknya sakit kembung perut tetapi setelah dibawa ke doktor tetap tidak sembuh. Kanak-kanak kecil juga kadang dapat melihat teman-teman sepermainan yang seumur mereka tetapi tidak dilihat orang lain. Pada sangkaan mereka itu kawan-kawan tetapi yang sebenarnya gangguan jin yang mungkin menyukai budak itu dan ingin bermain dengannya.

Harus dinyatakan juga sesetengah haiwan dapat melihat jin . Contohnya anjing dan kaldai . Biasa kita terdengar salakan anjing di waktu malam dengan nada sayu oleh kerana melihat sesuatu . Juga Nabi Muhammad mengajarkan supaya berlindung dengan kekuasaan Allah jika terdengar bunyi kaldai di malam hari.


2.    Mempunyai keturunan.

Jin , syaitan  dan iblis diketahui berkebolehan mempunyai anak-pinak dan berketurunan. Mereka memang mempunyai jantina seperti manusia juga iaitu lelaki dan wanita. Mereka juga berkahwin sesama sendiri dan boleh beranak-pinak  dengan kadar yang cepat. Dikatakan populasi jin mungkin berkali-kali ganda banyaknya daripada manusia seluruhnya. Secara logik akal ini memang boleh difikirkan sebab golongan jin berkembang biak dengan cepat dan mereka memang mendiami kawasan-kawasan yang umumnya tiada populasi manusia seperti lautan , hutan-hutan dan padang pasir. Umur mereka yang panjang juga faktor yang menyebabkan populasi jin sentiasa bertambah.

3.    Berumur panjang

Umumnya jin, syaitan dan iblis mempunyai umur yang panjang-panjang malah kalau diizinkan Allah mereka akan hidup sehingga hari kiamat. Ini bukan bermakna mereka tidak boleh mati. Jin boleh mati dengan sebab berbunuh-bunuhan dan berperang sesama sendiri . Jin juga boleh mati jika di panah oleh malaikat ketika naik ke langit? Mereka juga boleh mati terbakar jika manusia membaca ayat-ayat tertentu dari Al Quran contohnya Ayatul Kursi.  



4.    Tempat kediaman jin

Tempat yang biasa menjadi kediaman jin adalah tempat sunyi yang tidak diganggu orang ramai seperti di dalam hutan , di gunung-gunung , di laut dan lautan , di kuburan , di gua-gua batu dan padang pasir. Rumah- rumah atau bangunan -bangunan yang ditinggalkan kosong juga selalunya menjadi tempat kediaman jin-jin tersebut. Selain daripada itu tempat –tempat yang menjadi aktiviti khurafat , tempat sembahan patung-patung , tempat maksiat , tempat kotor, pokok besar dan tempat yang ada kejadian bunuh membunuh atau orang mati terbunuh. Maka tidaklah pelik sebenarnya sekiranya kita biasa mendengar orang-orang tersesat di dalam hutan tebal setelah memasuki satu kampung padahal itu adalah mungkin perkampungan jin sahaja yang kadang-kadang kita panggil perkampungan bunian . Tidaklah pelik sekiranya orang-orang ternampak hantu di kuburan atau di pokok-pokok besar yang kononnya keras berpenunggu padahal jin-jin itulah yang sebenarnya menyerupai pelbagai bentuk hantu yang menakutkan seolah-olah lagaknya seorang dewasa yang cuba menakutkan budak-budak balik mengaji dengan aksi-aksi menakutkan atau sergahan . Jika orang-orang yang ditakutkan  tersebut lari lintang pukang maka  jin-jin tersebut bersorak gembira kerana berjaya menakutkan manusia. Ada kemungkinan juga di sebahagian jalan raya di negara ini yang kononnya berpuaka dan selalu berlaku kemalangan jalan raya sebenarnya memang ada gangguan jin yang seperti tadi . Akibat terkejut lalu pemandu tersebut hilang kawalan kenderaan lalu mendapat kemalangan.    Sebenarnya istilah rumah hantu, pokok berpenunggu, kubur berpuaka , meriam lama yang ada penjaga , kubur keramat , jambatan maut dan macam-macam lagi mungkin menunjukkan bahawa di sekitar itu terdapat jin-jin yang jahat yang selalu mengganggu, menipu  dan cuba menyesatkan manusia . Tujuan mereka itu tidak lain daripada supaya manusia lebih takutkan hantu dari takutkan TUHAN! Itukan SYIRIK juga namanya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa iblis dan syaitan menyukai kawasan yang menjadi sempadan antara terang dan gelap.
        

5.    Makanan jin

Nabi Muhammad mengajarkan bahawa makanan mereka adalah tulang-tulang dan najis haiwan. Menurut pengkajian kami sesetengah jin juga menggemari kotoran-kotoran seperti darah haid dan asap kemenyan . Ada sesetengah pendapat jin itu memakan wap dari benda-benda tersebut tetapi bukannya memakan bentuk fizikal jasad itu. Tidak hairanlah jika anda pernah mendengar keris atau lembing diperasapkan kemenyan. Secara logik tentulah tidak masuk akal kalau dikatakan keris atau lembing tersebut yang memakan asap. Sebenarnya tuan punya senjata itu memberi makan jin-jin tersebut. Begitu juga amalan-amalan agama lain yang yang menggunakan colok kemenyan. Apakah yang mereka sembah dan apa yang diberi makan?

6.    Jin boleh berfikir

Jin boleh berfikir sendiri di dalam membuat sesuatu keputusan. Jin boleh memilih untuk memilih jalan yang baik atau kekal sesat . Atas sebab ego dan perasaan hasad dengkinya yang kuat itu maka kebanyakan mereka memilih jalan yang sesat. Jin boleh membuat penipuan dan strategi dalam menyesatkan manusia melalui pelbagai bentuk tipu daya. Atas sebab kebolehan berfikir itulah maka golongan jin juga sebenarnya dituntut oleh Allah supaya mentaatiNya.



7.    Jin mempunyai hierarki, pangkat dan organisasi

Golongan jin juga mempunyai ketua dan pemimpin masing-masing mengikut kawasan tertentu. Organisasi golongan jin ini bukan sahaja terikat kepada kawasan tempatan yang kecil-kecil sahaja malah sebenarnya ada juga iblis yang menjadi ketua bangsanya untuk seluruh aktiviti jahat diseluruh pelusuk dunia yang mana mereka ada pula iblis-iblis tertentu yang mengetuai jabatan tertentu dalam menyesatkan manusia . Secara perbandingan boleh dikatakan bahawa mereka mempunyai organisasi seperti tentera atau sebuah kerajaan juga!Tentu sekali orang yang kuat imannya dan alim ulama akan ditentang dengan jeneral-jeneral iblis berpangkat tinggi tetapi orang yang sesat cuma ditentang oleh kuli-kuli iblis peringkat bawahan. Malah ada yang tidak dihasut dan diganggu pun kerana perangai manusia tersebut lebih teruk dari syaitan dan iblis tersebut sedang mereka ini menjadi kawan pula dan sama-sama bersekongkol dalam melakukan kejahatan dan kemungkaran!!



        8.Akidah dan agama jin

Sama seperti manusia golongan jin juga mempunyai pegangan kepada agama atau fahaman tertentu. Ada jin yang kuat berpegang kepada Islam dan ada yang beragama Yahudi, Nasrani, Hindu , Buddha dan sebagainya. Ada yang memang baik bertakwa dan ada yang memang jahat dan merosak sahaja kerjanya. Ada juga tukang-tukang sihir dari golongan jin yang sentiasa bersekongkol dengan tukang sihir dikalangan manusia membuat segala macam penganiayaan dan penipuan. Dari pengalaman kami umumnya syaitan dan iblis memang nyata kekafiran mereka. Malah ada syaitan dan iblis yang kononnya mengaku beragama Islam padahal itu hanyalah tipu daya mereka untuk menipu manusia. Keadaan ini biasa berlaku kepada orang-orang yang menuntut ilmu kebatinan. Pengamal-pengamal ilmu ini akan didatangi oleh jin, syaitan atau iblis yang mengaku sebagai wali-wali Allah, malaikat atau tentera ghaib. Padahal agama asal makhluk-makhluk halus tersebut adalah kafir yang nyata. Tujuannya tidak lain hanya untuk menyesatkan manusia sahaja supaya turut menjadi sesat dan sama-sama menjadi teman masuk ke neraka.Nauzubillah! Manusia-manusia tersebut tidak lagi bertauhidkan Allah tetapi meminta dan mengharap kepada makhluk-makhluk tersebut. Di manakah tauhid yang suci murni yang sepatutnya ? Bukankah Nabi Muhammad SAW
mengajar supaya manusia hanya meminta dan berdoa kepada Allah sahaja? Bukankah manusia mesti sentiasa berharap hanya kepada Allah dan bertawakal kepadaNya di dalam setiap waktu dan keadaan?


9.Jin sebenarnya takut kepada manusia

Kebanyakan manusia merasa takut terhadap kehadiran jin, syaitan dan iblis. Pada hakikatnya jin, syaitan dan iblis itulah yang takut kepada manusia. Allah telah menciptakan manusia ini merupakan sebaik-baik kejadian dari segi fizikal, mental dan spiritual. Cuma kebanyakan manusia tidak mengambil tahu akan hal-hal ini maka mereka menyangka makhluk -makhluk tersebut boleh memberi mudarat atau manfaat. Seandainya manusia mempelajari atau mengetahui akan rahsia-rahsia jin maka sebenarnya manusia tidak perlu gusar akan kehadiran makhluk-makhluk ini. Syarat supaya jin , syaitan dan iblis ini tidak boleh menganggu maka perlulah manusia mempunyai pegangan tauhid yang suci murni dan perlu juga membuat amalan-amalan soleh seperti  menjaga solat fardhu dan sunat , berzikir , membaca Al Quran dan lain-lainnya. Manusia mesti sentiasa berdoa meminta perlindungan Allah dari segala kejahatan makhluk-makhluk laknatuLlah ini seperti yang diajarkan Nabi Muhammad SAW. Dengan adanya amalan-amalan tersebut maka akan lahir cahaya atau nur yang dikurniakan Allah dalam hati dan diri manusia tersebut. Nur atau cahaya inilah yang sebenarnya ditakuti oleh jin , syaitan dan iblis tadi.
Semangat diri atau dengan kata yang lebih kontemporari kekuatan minda seseorang itu merupakan faktor penentuan
sama ada dia boleh diganggu jin atau tidak . Selalunya orang-orang yang bersifat berani tidak mendapat  gangguan jin langsung atau kalau ada gangguan sekali pun hanya memberi kesan sedikit atau tiada langsung. Lain ceritanya dengan orang yang lemah semangat. Mereka mudah terkena gangguan jin. Di dalam kes biasa mereka mungkin terkena gangguan seperti terlihat hantu atau terdengar bisikan atau merasa diperhatikan apabila bersendirian. Di dalam kes yang teruk boleh sehingga tahap rasukan atau histeria atau menjadi gila.


10.Jin sangat dengki dan berdendam kepada manusia

Golongan jin, syaitan dan iblis memang sangat hasad dan dengki kepada golongan manusia sejak hari pertama Nabi Adam menjejak kaki di bumi ini (Kecuali jin-jin Islam yang sebenar dan bukan jin-jin yang mengaku Islam semata-mata untuk menyesatkan manusia ) . Ini ada dinyatakan didalam Al Quran mengenai persumpahan Iblis untuk menyesatkan seluruh keturunan Adam dan Hawa.
Dari hakikat tersebut dapatlah kita fahami setiap hari sebenarnya semua manusia yang masih hidup di alam dunia ini sememangnya diganggu jin , syaitan dan iblis tanpa tertinggal satu hari pun. Cuma manusia itu tidak menyedari kerana makhluk-makhluk jahat ini adalah ghaib tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Hanya manusia beriman yang ikhlas sahaja tidak dapat diganggu gugat oleh mereka. Punca hasad dengki tersebut adalah kerana golongan jin, syaitan dan iblis diciptakan dari api walhal manusia daripada tanah. Maka mereka sentiasa merasa bahawa api itu lebih berkuasa, lebih baik kejadiannya dan lebih mulia dari tanah. Tambahan lagi golongan manusia dilantik pula menjadi khalifah di muka bumi maka bertambahlah hasad mereka makhluk yang jahat tersebut. Permusuhan Iblis dan Nabi Adam telah menyebabkan si Iblis tersebut terhalau keluar dari syurga dan langit . Kejadian ini menyemarakkan lagi sakit hati si Iblis dan seluruh keturunannya dan kuncu-kuncunya. Mereka semua telah mengisytiharkan perang dengan seluruh manusia.
Sifat hasad dengki jin, syaitan dan iblis ini dizahirkan kepada manusia di dalam pelbagai jenis bentuk gangguan . Di antara bentuk gangguan tersebut adalah:

i)Gangguan halus kepada hati
Ini merupakan gangguan yang biasa berlaku kepada semua orang terutamanya orang Islam. Gangguan-gangguan ini merupakan bisikan halus syaitan iblis apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu kebaikan. Perasaan malas untuk beribadat , tidak khusyuk ketika menunaikan solat , perasaan was was timbul sedang melakukan solat seperti terlupa rakaat solat , perasaan riyak dan ujub yang timbul ketika melakukan amal dan bermacam lagi. Biasanya bisikan pertama itulah yang merupakan gangguan iblis syaitan yang meletakkan belalainya di dalam hati-hati manusia. Jika hasutan halus syaitan iblis ini dikuti manusia tersebut maka langkah seterusnya adalah manusia itu akan menurut hawa nafsunya sendiri dan mula berbuat jahat atas kehendaknya sendiri. Dengan cara inilah maka ramai manusia telah terjerumus ke dalam pelbagai dosa kecil dan dosa besar. Dengan cara inilah juga ramai manusia yang kufur engkar dan menjadi penentang agama Allah.

ii)Gangguan pancaindera
Ini biasa berlaku kepada orang yang menuntut ilmu kebatinan atau ajaran sesat. Orang yang terkena sihir juga boleh mengalami perkara yang sama. Gangguan biasanya berlaku di mana alam realiti atau alam nyata diubah bentuk oleh jin-jin jahat kepada suatu bentuk khayalan atau illusi (illusion). Contoh sihir ini adalah seperti ketika Nabi Musa menentang para ahli sihir firaun yang mana tali ditukar menjadi ular padahal itu adalah sihir khayalan sahaja. Contoh yang lain seperti ketika David Copperfield menghilangkan bangunan dan kapalterbang untuk pertunjukan silap matanya.Penulis juga pernah membaca sebuah kisah benar di dalam sebuah majalah mengenai pengakuan seorang kiyai di Indonesia yang pernah mengamal ilmu kebatinan tetapi sudah bertaubat.Semasa beliau aktif mengamalkan ajaran sesat tersebut jin-jin peliharaan beliau telah kononnya kerap kali membawanya ke Mekah setelah beliau membacakan amalan tertentu dikamar nya.Pada suatu kejadian yang mana beliau telah kononnya dibawa ke Mekah beliau telah tertidur. Setelah terjaga beliau bukan berada di Mekah tetapi di sebuah candi Hindu yang kuno. Setelah kejadian itu beliau telah insaf dan kembali kepada ajaran Islam yang tulen. Penulis berpendapat bahawa beliau itu telah ditipu daya syaitan iblis pada peringkat tinggi di mana syaitan iblis tersebut telah menukarkan pemandangan beliau itu seolah-olah berada di Mekah padahal itu semua adalah mainan khayalan yang di rekayasa syaitan iblis tersebut.

iii)Gangguan mental
Ini biasa berlaku di dalam sihir yang melibatkan mental. Gangguan secara ini lebih nyata dan secara langsung terus kepada minda orang yang terkena gangguan. Biasanya pesakit akan merasa kekusutan fikiran, tidak fokus kepada kerja yang dilakukan, mendengar bisikan-bisikan secara nyata , cintakan seseorang tanpa sebab, bencikan seseorang tanpa sebab , panas baran tidak menentu, bercakap seorang diri seperti orang gila dan bermacam lagi.


iv)Gangguan fizikal
Ini biasa berlaku di dalam sihir . Pesakit akan merasa sakit sendi-sendi seperti dicucuk-cucuk , rasa seram sejuk atau demam yang sangat panas, sakit kepala yang bagaikan hendak meletup, perut yang membesar tiba-tiba , keguguran setelah mengandung dan bermacam lagi. Bezanya dengan penyakit fizikal yang sebenar adalah apabila diperiksa oleh doktor perubatan moden maka punca asal penyakit tidak dapat dikesan. Pemeriksaan darah atau x-ray menunjukkan tiada kesan penyakit.

v)Gangguan sosial
Ini juga biasa berlaku di dalam sihir. Pasangan berkahwin asyik bergaduh sehingga bercerai, keluarga menjadi papa- kedana kerana bapa tidak dapat menumpukan kepada mencari rezeki, adik-beradik bergaduh dan merasa panas bila berjumpa dan bemacam lagi.Mungkin anda penah mendengar cerita-cerita orang tua yang mana di dalam majlis perkahwinan nasi yang ditanak sekian lama tidak masak-masak akibat sihir yang jahat. Oleh kerana itu tuan rumah akan mernjadi malu kepada seluruh orang kampung!
 
vi)Gangguan peringkat global
Kami merasakan bahawa wujudnya kerajaan jin-iblis di dunia ini yang mengawal semua aktiviti jahat dan kemungkaran di seluruh dunia supaya manusia ini sentiasa sesat dan engkar kepada perintah Allah. Seperti yang telah kita bincangkan dulu terdapat dua golongan syaitan yang sentiasa menghasut dan membuat pelbagai kerosakan di muka bumi ini . Yang pertama golongan manusia itu sendiri dan yang kedua golongan jin. Seperti mana yang manusia pada zaman ini melihat sendiri bagaimana golongan Yahudi terkutuk cuba mengawal dan memanipulasi pemerintahan dunia supaya sentiasa mengikut telunjuk mereka sahaja. Mereka menggunakan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) untuk kepentingan sendiri. Mereka menjadikan Amerika Syarikat sebagai kuda tunggangan supaya mudah mempercaturkan politik dunia. Pada masa buku ini ditulis Amerika telah pun menyerang dan menjajah Afghanistan dan Iraq. Mereka telah membunuh ramai umat Islam yang tidak bersalah termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.Pada masa yang sama Israel telah berperang dengan Lebanon dan telah mengambil alih banyak tanah orang Palestin untuk didirikan tempat kediaman orang-orang Yahudi. Mereka juga sedang dalam proses untuk merampas Masjidil Aqsa supaya sebuah rumah ibadat Yahudi boleh didirikan di atas tapak yang sama.  Pada akhir zaman (iaitu sekarang ini) orang Yahudi tertunggu-tunggu seorang raja atau ketua yang yang akan memerintah dunia serta memimpin orang-orang Yahudi pada zaman kegemilangan mereka kononnya. Kami percaya raja yang mereka tunggu itu tidak lain dan tidak bukan adalah Dajjal yang akan keluar sebagai tanda- tanda akhir sebelum kiamat. Dajjal ini memang ada kaitan langsung dengan kerajaan jin-iblis. Pada masa ini orang Yahudi dan Barat sedang giat memerangi Islam. Mereka cuba menguasai dunia dengan menganjurkan globalisasi yang mana mereka menganjurkan satu sistem hidup yang bertuhankan dunia materialistic atau tidak bertuhan langsung. Semua manusia dilalaikan dengan dunia kemewahan melampau, cara hidup yang mementingkan individu sahaja, hiburan-hiburan yang mengasyikkan , hidup tidak bertuhan dan menentang ketuhanan , aktiviti seks bebas dan kelucahan serta mengalakkan peperangan dan keganasan. Jika kita amati  bukankah ini semua seperti apa yang menjadi slogan iblis syaitan iaitu menyesatkan manusia seluruhnya supaya manusia sama-sama menjadi sahabat mereka di dalam neraka.
Apabila si Dajjal keluar nanti dia akan bertindak seolah-olah dia adalah tuhan. Dia akan menunjukkan beberapa keajaiban seperti mengawal turunnya hujan dan membelah orang lalu menghidupkan dia semula. Kami percaya ahli silap mata yang sekarang ini seperti David Copperfield , David Blaine dan ramai lagi adalah kuncu-kuncunya si Dajjal. Mereka ini menunjukkan permainan sihir-sihir yang nyata di dalam rancangan televisyen peringkat internasional. Mereka boleh ditonton di seluruh dunia. Sesiapa yang tidak beriman akan percaya bulat-bulat terhadap keajaiban tersebut . Bagi orang Islam tentu tidak terpengaruh kerana sudah nyata permainan ahli-ahli sihir itu ada yang mendapat bantuan jin iblis.