Rawatan Spirtual

Manfaat / Faedah Meditasi Zikrullah

Zikir adalah pilihan yang tepat untuk kita amalkan sehingga menjiwai dan mendarah daging hendaknya bagi para pengamal zikir tersebut kerana boleh memberikan ketenangan jiwa, zikir juga secara nyata memberikan solusi terhadap masalah yang kita hadapi dan zikir lebih tepat adalah mempertajam dan memperdalam kecintaan kasih dan sayang rindu dengan Maha Pencipta Rabb yang kita setiap saat mendambakan dan menghambakan diri. 

Kebiasaan masalah yang kita hadapi / hal-hal yang negatif akan berubah menjadi selesai dan kita meraih keyakinan dan kepositifan di dalam kehidupan :

  • 1.      Dari tidak percaya diri menjadi percaya diri.
  • 2.      Kesepian terubat melalui komunikasi / zikir dengan Rabb Pencipta Alam Semesta.
  • 3.      Hati yang kosong terisi kembali dengan getar-getaran zikir.
  • 4.      Dari keadaan pesimis menjadi optimis, semangat bergelora kembali.
  • 5.      Energi menyusun kekuatan menjadi sinergi.
  • 6.      Akan melahirkan keseimbangan harmoni pada sisi kehidupan.
  • 7.      Berfikiran positif bertindak positif.
  • 8.      Kembali memperoleh jalan hidup dan meraih kebahagiaan hakiki.
  • 9.      Berserah diri sepenuhnya dan berada dalam Islam secara Kaffah.
  • 10.  Seluruh etos kerja dilandasi keikhlasan mengabdi kepada Allah (Lillahi ta’ala).

Dalam sisi mengesakan, mengagungkan dan mentauhidkan Allah S.W.T akan bertambah kekuatan, keyakinan dan keimanan yang mendalam pada diri kita : 
  • Tidak ada yang besar atau yang agung selain daripada kekuasaan dan keputusan Allah S.W.T.
  •  Yakin bahawasanya kehidupan diri kita dan keluarga kita di dalam genggaman kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T.
  • Sekali-kali tidak akan menyekutukan makhluk-makhluk benda-benda ciptaan Allah S.W.T dengan Khaliq yang Maha Menciptakannya.
  • Tidak akan memuji atau membesarkan benda dan makhluk ghaib lainnya di dalam kehidupan.
  • Mengikis perasaan / rasa ego (sombong) yang ada pada diri.
  •   Cinta dan kasih kepada keluarga semakin mendalam.
  • Cara kita bicara (komunikasi) selalu terkendali Insya Allah.
 
Faedah dan keuntungan bagi pengamal zikirullah :
  • 1.      Gangguan spiritual Insya Allah akan gerun dan tidak berani mendekati.
  • 2.      Jika kita terganggu, maka kita yakin bahawa itu datang dengan izin Allah S.W.T.
  • 3.      Kebahagiaan dan ketenangan rohani sangat-sangat terasa dan keyakinan (percaya diri) semakin mendalam dan meningkat.
  • 4.      Yang jelas dan pasti kita dapat mengisi dan memberi makan kehausan dan kelaparan rohani kita yang dahagakan kalimah-kalimah tauhid.
  • 5.      Cinta terhadap membaca dan menggali Al-Quran semakin terserlah.
  • 6.      Kerinduan dengan rumah Allah semakin ketara.