Memaparkan catatan dengan label Perawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perawat. Papar semua catatan

Rabu, 24 April 2013

Method Rawatan


Kami menyenaraikan beberapa method ( kaedah ) rawatan yang boleh didapati di Malaysia. Method yang di senaraikan ini telah di klasifikasikan oleh Gapimma ( Gabungan persatuan perubatan islam Malaysia) sebagai mengarut dan sesat :-
  1. Penggunaan Telur yang di alinkan
  2. Bedah batin
  3. Bagi Tangkal walaupun ayat Al Quran, Cincin, Gelang.
  4. Menggunakan khidmat khadam, jin islam, rijalul ghaib, saka baik, wali dan sebagai nya
  5. Buat kenduri sebagai syarat perubatan
  6. Menyembelih haiwan untuk di korbankan dengan tujuan perubatan sebagai syarat.
  7. Merawat, menangkap menggunakan keris
  8. Menggunakan ayat Al Quran untuk menilik nasib
  9. Perawat tiada guru. Belajar melalui mimpi walaupun di Mekah
  10. Pesakit dirawat tanpa muhrim, berdua-duaan dengan pesakit dalam satu bilik
  11. Merawat menggunakan batu cincin atau benda lain yang dianggap sakti yang boleh menyembuhkan pesakit
  12. Menggunakan gambar / foto orang yang dimaksud untuk tilikan dan ramalan
  13. Rawatan jarak jauh dengan menggunakan foto, pakaian, potongan rambut, kuku atau dengan nama pesakit serta nama ibu
  14. Penggunaan kain putih atau warna lain sebagai method rawatan
  15. Pendinding menggunakan batu, paku, tanda atau bahan bahan yang ditanam di penjuru rumah.
  16. Berzikir penuh emosi sampai hilang kesedaran
  17. Menurun
  18. Menggunakan Asap kemeyan
  19. Kononnya perawat dapat mengenal, menghitung jumlah JIN dalam tubuh pesakit
  20. Perawat nampak dan boleh melihat JIN
  21. Membayar pengeras seperti jumlah duit tertentu dan ganjil, duit syiling untuk tujuan pemutus ubat
  22. Perawat yang tahu secara ghaib dengan ilmunya tentang apa penyakit pesakit 
  23. Membuka hijab alam ghaib
Berikut adalah dalil dalil yang menyangkal konsep perawat diatas:-
  • "Allah tidak memperlihatkan kepadamu hal hal ghaib, tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki diantara rasul-rasulnya" al-imran - 179
  • "Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka" Al-A'araaf - 27
  • "Sesungguhnya Tuhan mu hanyalah Allah, tidak ada tuhan (yang berhak di sembah) selain Dia, pengetahuanNya meliputi segala sesuatu" Ta Ha  - 98
  • "Dia-lah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang maha pemurah lagi maha penyang" Al Hasyr 22
  • "Dia-lah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja yang maha suci, yang maha sejahtera, yang mengurniakan keamanan, yang maha memelihara, yang maha perkasa, yang maha kuasa, yang memiliki segala keagungan, maha suci Allah dari apa yang mereka persukutukan" Al Hasyr 23
  • "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepata ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat" Al Jinn - 6



Perawat yang merawat dengan kaedah islam sebenarnya seperti berikut:-
  1. Menggunakan Rukyah / Ruqyah
  2. Menggunakan Herba yang bersih atau yang sudah dibersihkan.
  3. Pengamal / perawat yang mempunyai Tauhid yang sebenar iaitu hanya meminta memohon kepada Allah
  4. Konsep Terapi Tauhid
  5. Tidak menggunakan tangkal menangkal, pendinding 

Selasa, 16 April 2013

PERSOALAN : MENGENALI PERAWAT

Kami menerima email dari follower blog ini, menyuarakan hasrat murni dalam berjihad memerangi Tipu Daya Syaitan yang semakin menular dikalangan umat islam di malaysia. ikuti PERSOALAN yang di lontarkan oleh beliau :-



Assalamualaikum, Ustaz dan para admin

Ustaz, dalam beberapa artikel di internet saya telah membaca tentang bahayanya berjumpa bomoh/dukun/pawang kerana membawa kepada khurafat dan syirik. Sejak kecil lagi, kita memang didedahkan dengan nasihat seperti ini, jangan jumpa bomoh yang pakai asap, yang minta sembelih ayam, yang membaca jampi dalam bahasa yang tidak difahami dsbg. Jadi amat mudahlah kita mengenali bomoh2 khurafat seperti itu.


  • Malangnya, sekarang ini ramai bomoh berselindung di sebalik nama perawat Islam. 
  • Mereka dikenali sebagai ustaz/ustazah/haji/hajah, bukannya bomoh. (Walaupun mereka tidak pernah belajar agama di peringkat tinggi, atau mengajar agama)
  • Mereka tidak membaca jampi dalam bahasa Jawa, tapi memulakan jampi dengan al-fatihah dan selawat. Dan sentiasa memberi nasihat berunsur agama pada pesakit.
  • Tapi, hakikatnya mereka bukanlah perawat yang mengamalkan ruqyah syariah.

Saya berani berkata begitu kerana saya sudah berjumpa dengan beberapa orang 'ustaz' dan 'ustazah' ini.
Mengaku perawat Islam, tapi melakukan pembedahan batin, menurun, meminta gambar, mendakwa malaikat membantunya dlm setiap pekerjaan, melakukan rawatan jarak jauh, menilik dari jauh sehinggakan ada yang mendakwa dapat mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh roh orang yang sudah mati.
Paling best; 'tak belajar, dapat ilmu rawatan direct dari Allah.'

Apabila saya jumpa hadith tentang mendatangi penujum/penilik dan solat tak diterima 40 hari, saya rasa nak pitam. Dulu saya sangat jahil tentang ini, (mungkin sekarang masih jahil). Setelah saya sedar, saya berazam untuk menyelamatkan aqidah orang lain juga, dan saya harus sebarkan ilmu haq yang saya dapat dari orang yang haq.

Saya tahu pembedahan batin itu haram, tapi dulu saya tak tahu apa yang perawat itu buat pada saya merupakan pembedahan batin. Saya tahu menurun itu haram, dan melibatkan jin, tapi dulu saya tak tahu pula perlakuan perawat itu yang merawat dalam keadaan tertidur adalah menurun sehinggalah saya diberitahu ustaz dari pej agama daerah. Saya tahu menujum itu haram, tapi dulu saya ingat menujum itu hanya bermaksud bertanya perkara masa depan. 

Saya bukan nak kata mereka itu jahat, mungkin mereka tak sedar mereka ditipu jin. Mereka sangka mereka mendapat ilmu/ilham dari malaikat (lelaki berjubah putih dan berjanggut). Mereka sangka mereka itu mendapat karamah atau ma'unah.

Apa yang lagi membimbangkan adalah, ketaksuban orang terhadap perawat ini akhirnya membawa kepada ajaran sesat (cthnya yang saya sendiri pernah terlibat dengan) kerana pesakit akan menurut setiap nasihat dan arahan perawat.

Oleh itu, saya minta jasa baik ustaz menulis dan menyiarkan artikel panduan bagi mengenali perawat-perawat Islam yang didampingi jin atau ilmu bathil ini supaya tak terjebak dengan khurafat. Mungkin juga perlu penjelasan lebih tentang apa itu pembedahan batin, menurun, menilik etc kerana sekarang ini semua dimulakan dgn bacaan Quran jadi pesakit ingat itu cara itu mengikut syariah. 
Saya dapati dari golongan asatizah, bertudung labuh, berserban juga ada yang mendapatkan rawatan dari bomoh spt ini. 

Ustaz tolong doakan akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 dikuatkuasakan secepat mungkin, agar JAKIM lebih mudah untuk memantau bomoh-bomoh yang menyesatkan ini. Saya juga berdoa Akta Jenayah Sihir digubal segera bagi menangani masalah ini.

Semoga usaha kita dalam berdakwah dan menyelamatkan aqidah umat Islam diberkati Allah.

Wallahua'lam.

-Hamba Allah-

Untuk topik akan datang kami akan mengupas berkenaan dengan Method rawatan yang ada di Malaysia ( setakat yang kami ketahui) agar dapat kita mengenalpasti dan membuat perbandingan dalam tujuan perubatan ini.

InsyaAllah.

Jangan lupa menjadi Follower kami

Wasalam