Rawatan Herba

Sejarah Islam telah membuktikan hasil daripada pengkajian al-Quran ramai ahli sains telah menemui banyak kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan.  Contohnya Al-Riyasi Ibnu Jarit, seorang mesir dan tabib kepada Salahuddin al-Ayubi telah menulis buku mengenai limau dan rubab dan penggunaanya.  Al-Baitar dari Malaga pula telah menulis dua buku yang terkemuka berkaitan dengan tumbuhan ubatan bertajuk al-Mughinifi al-Adawiyah al-Mufradah (herba-herba Perubatan) dan al-Jamifi al-Adwiyah al-Mufradah (Pengutipan Herba-herba Perubatan dan Sifat-sifatnya).  Pusat Rawatan Yashfien Herbs telah lama mengamalkan perubatan herba sebagai salah satu kaedah yang amat berkesan bagi mengubati serta mencegah pelbagai jenis penyakit.  Insya Allah.

Pengasas Yashfien Herbs, Engku Ansanuddin Agus atau lebih dikenali sebagai Pak Engku sudah lama berkecimpung di dalam bidang perubatan herba sejak dari dahulu lagi.  Ilmu penggunaan herba diwarisi terus daripada datuk nenek dan kedua ibu bapa beliau secara turun-temurun.  Rawatan berasaskan tumbuh-tumbuhan herba ini sudah dikenali dan diamalkan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini sejak kerkurun-kurun tahun yang silam.  Mereka yang mengamalkan perubatan herba ini sangat faham dan kenal akan kegunaan setiap herba secara satu persatu melalui pengalaman sendiri atau pun yang diturun secara turun-temurun.  Keadaan ini adalah amat berbeza dengan cara penggunaan herba pada masa kini di mana manusia lebih brgantung kepada sains dan teknologi.

Dengan berbekalkan pengalaman yang diperolehi secara turun-termurun serta pengalaman dari merawat pesakit, Pak Engku yang masih tidak berpuas hati dengan hasil positif yang dimilikinya, mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi pengalaman dan pengetahuan beliau dengan mendalami serta mempelajari ilmu perubatan herba ini di Pusat Penelitian dan Kajian Herba di Jakarta, Indonesia iaitu di Yayasan Pengembangan Tanaman Obat (KARYASARI).

Bagi meningkatkan prestasi serta kualiti penggunaan herba ini di kalangan masyarakat secara amnya, Yashfien Herbs tidak teragakpagak membuat penelitian dan kajian yang terperinci dengan bantuan khidmat teknologi yang setaraf dengan negara-negara maju iaitu melalui kerjasama dengan sebuah institusi badan penyelidikan herba di Malaysia yang diperakui oleh kerajaan iaitu FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia).  Yashfien Herbs mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi dengan 100% bahan asli tumbuh-tumbuhan terpilih dan bermutu tinggi yang diperolehi sama ada dari dalam Negara dan diimport dari Negara luar.

Pengasas Yashfien Herbs sebenarnya telah lama bercita-cita untuk melakukan kerjasama dalam penelitian, penglolahan serta pembuatan herba yang bermutu tinggi dengan pihak FRIM, Alhamdulillah niat dan cita-cita beliau menjadi kenyataan.  Masyarakat yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan khidmat rawatan daripada Yashfien Herbs dengan mengamalkan permakanan yang diperbuat dari herba bermutu tinggi untuk perubatan dan rawatan kesihatan.

Sebahagian daripada herba terpilih:
  • Temulawak
  • Lengkuas
  • Halia Putih
  • Habbatus Sauda
  • Mengkudu
  • Cekur
  • Sirih
  • Buah Pala
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih