Sabtu, 27 April 2013

Method Rawatan - Rukyah / Ruqyah


Rukyah bererti jampi. Rukyah yang dibenarkan oleh syarak adalah menggunakan bacaan yang tidak ada unsur unsur syirik. Rukyah yang disunnahkan adalah menggunakan ayat ayat Al Quran.

Rasulullah s.a.w bersabda : "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik." (Hadis Riwayat Muslim)

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar" Fushshilat - 44 

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82) Al Isra

Rukyah merupakan gabungan pembacaan ayat 2 al quran terpilih, ia digabungkan dengan niat dan doa yang dialirkan menggunakan *metafizik* terhadap pesakit. Sekurang kurangnya ada 20 ayat Al Quran yang digunakan oleh perawat yang biasa digunakan dalam perawatan. Ayat Al Quran tertentu di baca keatas pesakit sambil perawat meniatkan JIN yang berada didalam badan pesakit terseksa dan diazab. Dengan izin Allah JIN yang berada didalam tubuh pesakit akan terazab seksa sehingga mereka akan lari keluar dari tubuh pesakit. Biasanya ia diselang seli dengan doa dari sunnah nabi dan di sertakan dengan perintah untuk mengusir keluar JIN, SYAITAN, IBLIS dari tubuh pesakit.

Teknik Penggunaan Rukyah /Ruqyah dengan Al Quran

Rukyah dibacakan sambil tenaga metafizik dialirkan melalui tangan yang diletakkan diatas kepala atau mana mana tempat pada tubuh pesakit. 

  •  Aisyah R.A. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit" ( HR Muslim )
  • Uthman Bin Abil 'Ash R.A. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )
Rukyah dibaca terus terhadap pesakit tanpa menggunakan tangan atau memegang tubuh pesakit. Perawat yang berkemampuan seperti itu boleh meniatkan terus untuk JIN di dalam tubuh pesakit itu terseksa dan terazab. Perawat jenis ini kebiasaannya seorang ulama besar yang warak lagi kuat amalan solehnya.

Rukyah dibaca dan di hembus / tiup pada tangan kemudian disapu pada tubuh sendiri atau pesakit. Ianya adalah seperti yang dilakukan ketika adab tidur mengikut sunnah nabi.

  • Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mahu tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR Al-Bukhari )

Rukyah dibaca terhadap air atau minyak kasturi. Air yang di rukyah boleh digunakan untuk diminum dan dimandikan. Seperti Air Zamzam ianya adalah air yang di Rukyah secara berterusan setiap hari oleh semua jemaah yang datang ke Masjidil Haram. Manakala Minyak Kasturi boleh digunakan dengan menyapukan ke tubuh pesakit dimana ada kesakitan. Penggunaan minyak wangi juga adalah sunnah nabi.



Kelebihan Penggunaan Teknik Rukyah Dalam Rawatan
  • Sunnah Nabi
  • Membaca Al Quran mendapat Pahala
  • Ayat Al Quran secara Mukjizat adalah penyembuh
  • Tidak melanggar syariat dan tidak melakukan kesyirikan
  • Mengharap kepada Allah dengan sepenuhnya untuk kesembuhan
Teknik Rukyah biasanya digunakan untuk mengusir JIN dari tubuh pesakit. JIN yang terseksa akan lari keluar. JIN yang sakit terseksa / cedera kerana dibakar dengan ayat Al Quran akan pergi berubat ke hospital mereka (Tandas, tempat 2 kotor dan sebagainya). Selepas sembuh, mereka akan menyerang kembali tubuh pesakit dan akan mengakibatkan pesakit kembali sakit.

Keberkesanan teknik Rukyah juga bergantung kepada kekuatan Metafizik perawat. Perawat yang tidak cukup kuat atau lemah tidak mampu menyeksa atau mengazab JIN didalam tubuh pesakit. Perawat yang tidak fokus dalam memasang niat dan membaca Rukyah juga tidak akan mendatangkan apa2 kesan kepada JIN. Orang yang bukan perawat tetapi kuat beramal ( Rajin zikir, Solat Tahajud dan sebagainya) juga mampu dengan izin Allah untuk menyeksa JIN tersebut, orang seperti ini diibaratkan seperti seseorang yang memiliki senjata tetapi tidak pandai menggunakannya.Kita juga mesti sentiasa berusaha untuk mempelajari Method yang lebih baik dalam mempertingkatkan kualiti ibadah dan hubungan kita dengan Allah swt.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." Yunus (57)

*Metafizik - hanyalah satu istilah untuk menghuraikan suatu tenaga ghaib yang tidak dapat dilihat. Sesetengah perawat memanggilnya dengan nama Tenaga Elektromaknatik, Tenaga Roh, Tenaga Aura atau Tenaga Nur atau Tenaga Spiritual yang dikeluarkan dari dalam tubuh melalui telapak tangan dan pandangan mata, tenaga ini boleh menjadi kuat dengan beberapa persyaratan seperti di bawah ini :-
  • Banyak bersolat dan khusyuk ketika solat
  • Banyak membaca Al Quran dan Zikir
  • Hidup mengamalkan Tauhid yang sempurna dan sentiasa bertawakkal kepada Allah
  • Menjaga diri dari melakukan dosa dosa besar.
  • Mempunyai jiwa (hati) yang tenang, sentiasa bersikap positif
  • Ikhlas dan redha berharap kepada Allah Azzawajalla
  • Sabar dalam menghadapi cabaran dan tawakal kepada Allah
  • Jangan sesekali bersangka buruk kepada Allah, kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (Maha Suci dari segala celaan)
  • Sentiasa berasa mempunyai kesalahan serta tidak putus asa memohon ampun kepada Allah (istighfar)
Ia adalah Energy positif yang merupakan jatidiri insaniah atau dengan katalain ia boleh dikuatkan dengan mengamalkan segala sunnah nabi.

Energy Negatif
terdiri dari pada dua unsur
  1. Nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan
  2. Syaitan (kejahatan dan amalan negatif)
Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (81) Al Isra

Kesimpulannya dengan memiliki Tenaga Metafizik Energy Positif yang tinggi , kuat dan teguh hasil daripada mengamalkan Rukyah seperti syarat-syarat di atas akan memadamkan Energy Negatif yang menggangu manusia. Perlu di ingat dan difahami juga bahawa Ayat² Al Quran bukan lah penyembuh kepada penyakit tetapi dengan berkat mengamalkan ayat² Al Quran ini semoga Allah memberi kesembuhan dan kekuatan kepada si pengamal.

Wallahualam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan