Rabu, 15 Mei 2013

ANAK BERMASALAH

Pengalaman kami menangani pesakit di pusat rawatan

Katergori anak anak yang bermasalah 

Kami mempunyai pengalaman merawat anak anak yang bermasalah di sekolah. Antara  masalah yang pernah kami rawat adalah seperti:-

1.     Tidak mahu pergi ke sekolah



Kebanyakan nya adalah kes biasa di sekolah, ia mungkin berlaku dari kejadian buli, guru yang tidak mesra atau garang, kurang penyesuaian diri di sekolah dan stress. Masalah sebergini boleh di selesaikan dengan berjumpa pakar kaunselling untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi jika semua punca ini telah dikenalpasti dan di selesaikan dan murid tadi masih lagi bermasalah, ini mungkin disebabkan oleh ganguan hasutan JIN laknat terkutuk. Ia biasanya berlaku dalam keluarga yang mempunyai sejarah SAKA atau ibubapa yg menuntut ilmu sesat. Contoh tanda yang biasa berlaku kepada pelajar seperti:-

·      Sakit kepala apabila mahu kesekolah
·      Sering merasa takut tanpa di ketahui punca


2.     Nampak makhluk² ketika disekolah seperti di tandas atau di dlm kelas



Kes seperti ini banyak berlaku pada anak bersekolah yang mempunyai pengalaman mempunyai kawan ghaib sejak dari kecil. Mereka sering melihat makhluk² ini berkeliaran di kawasan rumah. Ada diantara kes, makhluk ini suka kepada anak kita ini dan mengikut mereka serta berkawan dengan mereka.

3.     Masalah disiplin yang sangat tegar



Masalah disiplin tegar biasa nya berpunca dari masalah psikologi dan juga mungkin dari masalah keluarga atau pun ingin mendapat pengaruh dari rakan sebaya. Kes seperti ini boleh juga di selesaikan dengan bantuan kaunseling dari guru atau tindakan disiplin. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, mungkin ada ganguan JIN sama ada pada anak kita ini atau daripada keluarga. Kes sebergini mungkin disebabkan dari ibubapa yang sakit di sihir atau ada mengamalkan ilmu sesat dan juga tidak menjaga ibadah. Antara kes dari pengalaman kami adalah seorang anak yang tidak mahu bersekolah, suka melawan cakap ibu dan juga suka berlumba motor. Ketika sesi rawatan terhadap ibu kepada anak tadi, JIN itu membuat pengakuan bahawa dialah yang telah menghasut anak kepada wanita yang dirawat itu supaya degil, melawan cakap ibu dan membuat pelbagai lagi masalah dengan misi untuk menghancurkan kehidupan wanita malang itu tadi.

4.     Selalu jatuh sakit



Sakit yang biasa dilalui oleh anak2 sekolah seperti ini seperti, demam, semput, migraine, kelumpuhan tanpa sebab, sakit perut dan sebagainya. Jatuh sakit adalah normal, tetapi apabila terlalu kerap, ianya mungkin ada disebab kan ganguan JiN pada anak tersebut. Walaubagaimana pun, pemeriksaan doktor harus dilakukan sebelum kita melabelkan ianya sakit di sebabkan ganguan JIN

5.     Pelajar tahfiz yang tiba tiba berhenti separuh jalan

Contoh pelajar tahfiz yang dirawat seperti berhenti separuh jalan kerana tidak dapat fokus, hilang motivasi, malas sehingga menginggalkan solat. Amatlah menghairankan kenapa sebagai pelajar tahfiz boleh berperangai bergitu ?. Ini adalah kerana Iblis sudah bersumpah menyesatkan keturunan kaum Adam. Jika pelajar tahfiz ini berjaya menamatkan pelajaran, mungkin mereka juga akan menjadi pendidik kepada orang lain, ini akan lebih menyusahkan kerja kerja mereka untuk melakukan hasutan dan kerosakan. Jadi bagi iblis lebih baik dicantas terlebih dahulu sebelum berjaya.

6.     Hyper active dan Panas baran



Hyper aktif adalah masalah medical (sakit moden) yang telah di sahkan. Kes yang kami hadapi adalah anak yang normal tetapi tiba tiba menjadi hyper aktif dan panas baran. Antara kes yang kami rawat adalah, ibu bapa kepada anak tadi ada menyimpan barang barang turunan dari keluarganya berupa keris, tangkal, barangan lama dan sebagainya atau ada mengamalkan ilmu kebatinan atau persilatan tertentu yang di pelajari serta diamalkan turun temurun.

7.     Histeria


Histeria merupaka suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yangtidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat. Pakar psikiatri dan pakar perubatan lain mempunyai beberapa teori lain bagi menggantikan histeria dengan istilah yang lebih eufemistis yang bersamaan. Ini termasuk "psikosomatik", "fungsian", "nonorganik", "psikogenik", dan sebagainya.

Dengan lemahnya minda seseorang akibat dari beberapa faktor seperti, ganguan emosi, takut , trauma, kemalangan atau kecederaan fizikal atau sebab² lain memberi peluang kepada JIN laknat terkutuk untuk masuk menyerang mereka.


CONTOH PUNCA-PUNCA TERJADINYA HISTERIA :
  • Akibat sihir,
  • Akibat kurang kasih sayang banyak masalah yang dipendam,
  • Akibat saka iaitu warisan jin pendamping keluarga
  • Sering lupa dan lalai dengan perintah ALLAH swt
  • Kurang membaca doa tertentu sebelum melakukan aktiviti. Seperti membaca bismillah .
  • Melakukan benda yang disukai syaitan atau bercanggah dengan ajaran islam

    Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri
  • Akibat dendam, simpati atau cinta makhluk jin. Mungkin manusia itu suka mendedah aurat atau bertelanjang ketika bersendirian
  •  Akibat gangguan mental, emosi tak dapat dikawal dengan baik

8.       Pelajar cemerlang hilang motivasi belajar



Kes sebergini juga berkait dengan SAKA atau ganguan Jin pada keluarga, ada juga kes dimana anak perempuan yang sudah biasa sakit sejak zaman remaja seperti migraine dan senggugut.

Kesimpulannya tidak semua pelajar bermasalah adalah ganguan JIN, terdapat juga sebahagian kes pelajar tersebut digangu dalam bentuk hasutan atau dlm bentuk sakit fizikal.

Langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memastikan dalam sesebuah keluarga itu adalah ibubapa sentiasa mengajak dan mengajar serta memberi contoh teladan kepada anak anak supaya dekat dengan Allah, mendahulukan solat serta mengamalkan syariat serta sunnah yang diajarkan oleh Rasullullah. Mengimarahkan rumahtangga dengan Al Quran. Bukan hanya di pasang di CD Player, tetapi di baca dan di hayati bersama sama.

Lakukan pemeriksaan doctor untuk sakit sakit fizikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan