Menjadi satu persoalan ketika ini kenapa kita perlu memerangi JIN laknatullah ini. Sering di tanya dan juga menjadi persoalan sama ada dari pesakit ataupun dari perguruan perubatan islam yang lain di Malaysia ini.
Biarlah kami memberi penjelasan disini berkenaan dengan isu dan persoalan ini agar menjadi pedoman dan juga maklumat tambahan kepada kita semua InsyaaAllah.
Bila kita menyentuh topic PERANG pastilah kita akan terbayang tentang hiruk pikuk atau pergaduhan, suasana yang kucar kacir dan macam macam lagi seperti yang mungkin kita pernah tonton dalam wayang atau movie di TV.
Apabila peperangan berlaku, maka beberapa insiden akan terlibat iaitu kematian, di tawan dan rampasan harta benda. Jika berlaku peperangan antara orang islam dan kafir maka insiden ini juga akan berlaku. Kematian orang islam menjadi syahid, harta di rampas dan ada juga askar yang cedera dan ditawan.
Manakala apabila berlaku peperangan antara Manusia dengan Jin akan berlaku juga insiden yang sama, tetapi yang menjadi persoalannya kenapa mereka perlu diperangi?
Didalam Al-Quran Allah swt berfirman :
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. (4) Surah Muhammad. Ayat 4.
Ayat diatas menjadi dalil bagi kami di Yashfien untuk memerangi laknatullah ini. Ada juga yang mengatakan bahawa translation ayat diatas hanyalah untuk 'orang' yakni manusia dan bukan jin. kenapa harus digunakan ayat ini untuk memerangi jin. Menjawab persoalan ini adalah dengan mengetahui dan memahami dari segi bahasa itu sendiri. jika kita membaca translation ayat tersebut dalam bahasa English atau Arab, maka ayat tersebut akan berbunyi " Now when ye meet those who disbelieve, smite their necks until when ye have slain them greatly, then make fast the bonds;...." @ "So, when you meet (in fight — Jihâd in Allâh's Cause), those who disbelieve smite (their) necks till when you have killed and wounded many of them, then bind a bond firmly (on them, i.e. take them as captives)...." boleh dirujuk di http://www.quranexplorer.com/quran. Disbelieve jika di translate dalam bahasa melayu bererti kafir ( bukan merujuk kepada manusia sahaja).
Al Quran diturunkan bagi Manusia dan Jin sesuai dengan firman Allah dalam surah Al Jinn:
Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan.(1) Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. (2)
Penegasan tentang Al Quran adalah untuk Manusia dan Jin juga banyak terdapat dalam ayat2 dan surah lain di dalam Al Quran. Sekarang kita sentuh pula topik "kenapa nak perang?".
Firman Allah dalam Surah Yaseen :
Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60)
Musuh yang nyata di firmankan Allah dalam ayat ini menegaskan bahawa bertapa penting kita memerangi JIN Laknatullah ini. Setelah kami membuat kajian yang lebih teliti tentang memerangi JIN dan kepentingan nya, kami memahami beberapa perkara penting berdasarkan daripada sumpah Iblis kepada Allah swt iaitu
Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,(anak adam) (82) Surah Sad.
Membawa sebanyak banyaknya umat manusia ke neraka adalah misi UTAMA mereka. Beberapa insiden yang akan berlaku jika Manusia yang diserang oleh mereka ini dan akan mengakibatkan :-
- Serangan Fizikal
- Serangan Mental
- Serangan Akidah
- Serangan kepada hubungan kekeluargaan
- Mati menjadi kawan mereka ke Neraka kerana orang yang sudah di takluki oleh JIN akan susah untuk beribadah, lupa kepada Allah dan akhir sekali ketika sakaratul maut JIN akan menyekat lidah dari mengucapkan kalimah Tauhid "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah" dan telinga juga akan ditutup dari mendengar tuntunan dan ajaran zikir dari waris mereka. Jika ini berlaku maka berjayalah JIN laknatullah itu dalam misi mereka.
- Berpindah kepada keturunan . ( yang biasa di sebut sebagai saka)
Berdasarkan penjelasan diatas maka terjawab lah persoalan kita, apakah kita harus membiarkan mereka ini bermaharajalela atau kita perangi mereka.
Persoalan sebenarnya adalah apabila kita sudah diperintahkan memerangi musuh Allah ini, adakah kita Mengenali mereka ? Bagaimanakah cara Memerangi mereka ? Cukupkah sekadar membaca ayat ayat Al Quran untuk memerangi mereka? InsyaAllah kita akan kupas dalam Persoalan akan datang.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan