Memang sihir ini, apabila singgah kepada diri seseorang sama ada sihir ini ada prakarsa/kerjasama pemikiran jahat oleh manusia dan jin syaitan iblis atau wawasan kehendak daripada jin itu sendiri tanpa disuruh orang (dirasuk oleh makhluk halus), dan boleh dikatakan pasti tidak mempunyai target had waktu. Maksudnya tidak akan berakhir gangguan sihir itu tersebut pada diri manusia dalam jangka waktu yang pendek, tetapi sebaliknya mereka akan terus berada dan beranak pinak di dalam tubuh manusia tersebut. Gangguan sihir tidak akan berakhir pada tubuh manusia apabila manusia yang terkena tidak mahu mengubati atau tidak mahu berikhtiar untuk melawan mengusir atau menghentikan kejahatan ini pada diri orang yang terkena. Jadi, sihir ini ada yang membawa akibat menderita seumur hidup hingga mati dan tidak mungkin dia berakhir tanpa kita usir (adakan perlawanan dengan rawatan) dengan penuh sabar, yakin, gigih, carilah tempat perawatan yang tidak menyimpang dari akidah (Al-Quran dan Sunnah). Jenis sihir ini bermacam-macam bentuknya, kalau sihir membawa kepada gila, maka jadilah gila. Apabila sihir itu sakit kulit, maka sakit kulitlah pesakit tersebut. Dan begitu juga jenis-jenis sihir yang lainnya. Sebut sahaja jenis-jenis penyakit, ada di dalam sihir. Di samping kita berusaha untuk berubat, kita mesti mempunyai keyakinan yang kuat untuk membaca Al-Quran, insyaAllah di dalam Al-Quran itu terkandung ubat-ubatan untuk mengusir sihir. Jangan membaca Al-Quran secara sekali-sekala, bacalah setiap hari, paling kurang 2x sehari sebagaimana kita mengamalkan makan ubat. InsyaAllah anda akan mendapat perlindungan dan kesihatan daripada Allah SWT. Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan