Khamis, 21 Julai 2011

Apa Itu Khadam?

Saya belajar dalam pengubatan alternatif dan kajian rawatan spiritual, sudah lebih kurang 45 tahun sampai saat ini dan sebagai perawat lebih kurang 40 tahun. Di sini saya tegaskan bahawa diri saya sendiri tidak pernah belajar atau mengenal sistem cara untuk merawat pesakit memakai kalimat kata-kata yang dimaksudkan dengan 'khadam'. Kalaulah seandainya yang dimaksudkan dengan khadam ini, makhluk Allah yang ghaib, alangkah berbahaya bagi pengamal pengubatan spiritual atau tabib alternatif. Mengapa berbahaya? Sebab makhluk ghaib ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, begitu juga dengan khadam tersebut. Bagaimana kita mampu membezakan mereka itu bukan daripada jin syaitan iblis laknat terkutuk yang mencari peluang membuat penipuan dengan manusia sebagai perawat dan manusia yang dirawat. Mari kita berfikir secara logik. Kita tidak melihat dan tidak tahu makhluk apa khadam ini kerana tidak dapat dilihat, sedangkan makhluk jin syaitan iblis dapat melihat kita, mereka sangat mudah sekali membuat tipu helah. Nah, kenapa kita membukakan pintu atau ruang kepada mereka untuk membuat pemesongan pemikiran dan akidah? Saudara dan saudari yang saya hormati, marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dan belajar bertanya kepada banyak guru yang arif dan bijaksana tentang ilmu alternatif yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Banyak berguru lebih baik daripada kita berguru berseorangan atau dua tiga orang, tetapi watak dan karakter kita sombong ego seolah-olah kita ini hebat dan sudah dalam ilmunya. Wallahu A'lam. Maha Benar Allah dengan ayat-ayatnya. Terlebih dan terkurang saya ucapkan ribuan maaf. Semoga bermanfaat untuk sahabat-sahabatku di fanpage ini.

Sahabat-sahabatku, tahukah saudara saudari pada diri saya suatu prinsip yang tak dapat digoyah lagi, iaitu tiada yang berhak disembah selain daripada Allah SWT dan kita minta tolong, meminta perlindungan, meminta bantuan kepada yang ghaib selain daripada Allah, HARAM hukumnya. Mengapa demikian? Jangan sekali-kali mempersekutukan Allah yang Maha Ghaib dengan ciptaan-Nya yang ghaib lainnya, JAUHI KESYIRIKAN walaupun dengan istilah apapun juga.Terima kasih. Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan