Ahad, 9 Oktober 2011

PINTU RAHSIA KEMASUKAN JIN, SYAITAN & IBLIS LAKNAT TERKUTUK


Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat saya dan penggemar-penggemar FB,

Jin, iblis, laknak terkutuk telah bersumpah untuk merosakkan sebanyak-banyak zuriat keturunan Adam dan menjadi pengikutnya ke dalam neraka.
Di sini, saya akan memberikan penjelasan serta berkongsi sesuatu yang telah diajarkan oleh para guru saya, dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada anda semuanya.

Dengan keredhaan dan ketulusan yang ikhlas, saya ingin membukakan suatu rahsia. Biarpun ianya agak umum sebenarnya, mungkin ada para penggemar FB dan sahabat-sahabat saya yang tidak berkesempatan untuk mendengar atau mendapat petunjuk ini dari sesiapa.

Pada saat ini saya bukakan pintu rahsia iaitu jin, syaitan, iblis laknat terkutuk sebenarnya tidak sekuat mana seperti yang digembar-gemburkan. Apa yang lebih nyata, jin, syaitan, iblis tidak akan mampu mengganggu hamba-hamba Allah yang ikhlas, redha, bersih pemikiran hatinya serta selalu berzikir kepada yang Allah. Disebabkan kasih dan cinta seseorang yang tulus kepada Allah, setiap langkah dan pergerakkan hamba Allah ini akan selalu diiringi oleh pandangan Allah. Orang seperti ini, InsyAllah, tidak akan mampu diganggu, dirosak atau dihasut oleh jin, syaitan, iblis laknak terkutuk.

Walaupun demikian, anda harus insaf serta mengelakkan diri dari perasaan ego, sombong dan takabur. Jangan sekali-kali beranggapan bahawa anda tidak mampu diganggu oleh jin, syaitan, iblis laknat terkutuk apabila sentiasa dekat kepada Allah. Pada hakikatnya, ramai yang datang kepada saya dengan pengakuan dan persoalan “mengapa dirinya masih boleh disihir sedangkan selalu mengamalkan sehingga 3000 zikir?” Yang sebenarnya, perasaan riak, sombong dan takabur telah hadir dalam dirinya.

Dari celah mana kemasukan jin tersebut? Jin, syaitan, iblis laknak terkutuk mampu untuk menerobos seseorang melalui celah-celah kesombongan dan keegoan, sekalipun sebesar zarah atau sebesar abu.

Kebersihan hati amat berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang. Justeru, bagi mereka yang ikhlas dan redha, jin,syaitan dan iblis tidak akan mampu mendekati orang yang mukhlisin.

Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada anda semua. Jangan lupa tingkatkan keimanan, ketakwaan, kesabaran, ketulusan, kebersihan jiwa dan rohani anda. InsyaAllah, anda akan terselamat dunia & akhirat.

Wallahualam. Sadaqallahul Azim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan