Selasa, 16 April 2013

PERSOALAN : MENGENALI PERAWAT

Kami menerima email dari follower blog ini, menyuarakan hasrat murni dalam berjihad memerangi Tipu Daya Syaitan yang semakin menular dikalangan umat islam di malaysia. ikuti PERSOALAN yang di lontarkan oleh beliau :-



Assalamualaikum, Ustaz dan para admin

Ustaz, dalam beberapa artikel di internet saya telah membaca tentang bahayanya berjumpa bomoh/dukun/pawang kerana membawa kepada khurafat dan syirik. Sejak kecil lagi, kita memang didedahkan dengan nasihat seperti ini, jangan jumpa bomoh yang pakai asap, yang minta sembelih ayam, yang membaca jampi dalam bahasa yang tidak difahami dsbg. Jadi amat mudahlah kita mengenali bomoh2 khurafat seperti itu.


  • Malangnya, sekarang ini ramai bomoh berselindung di sebalik nama perawat Islam. 
  • Mereka dikenali sebagai ustaz/ustazah/haji/hajah, bukannya bomoh. (Walaupun mereka tidak pernah belajar agama di peringkat tinggi, atau mengajar agama)
  • Mereka tidak membaca jampi dalam bahasa Jawa, tapi memulakan jampi dengan al-fatihah dan selawat. Dan sentiasa memberi nasihat berunsur agama pada pesakit.
  • Tapi, hakikatnya mereka bukanlah perawat yang mengamalkan ruqyah syariah.

Saya berani berkata begitu kerana saya sudah berjumpa dengan beberapa orang 'ustaz' dan 'ustazah' ini.
Mengaku perawat Islam, tapi melakukan pembedahan batin, menurun, meminta gambar, mendakwa malaikat membantunya dlm setiap pekerjaan, melakukan rawatan jarak jauh, menilik dari jauh sehinggakan ada yang mendakwa dapat mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh roh orang yang sudah mati.
Paling best; 'tak belajar, dapat ilmu rawatan direct dari Allah.'

Apabila saya jumpa hadith tentang mendatangi penujum/penilik dan solat tak diterima 40 hari, saya rasa nak pitam. Dulu saya sangat jahil tentang ini, (mungkin sekarang masih jahil). Setelah saya sedar, saya berazam untuk menyelamatkan aqidah orang lain juga, dan saya harus sebarkan ilmu haq yang saya dapat dari orang yang haq.

Saya tahu pembedahan batin itu haram, tapi dulu saya tak tahu apa yang perawat itu buat pada saya merupakan pembedahan batin. Saya tahu menurun itu haram, dan melibatkan jin, tapi dulu saya tak tahu pula perlakuan perawat itu yang merawat dalam keadaan tertidur adalah menurun sehinggalah saya diberitahu ustaz dari pej agama daerah. Saya tahu menujum itu haram, tapi dulu saya ingat menujum itu hanya bermaksud bertanya perkara masa depan. 

Saya bukan nak kata mereka itu jahat, mungkin mereka tak sedar mereka ditipu jin. Mereka sangka mereka mendapat ilmu/ilham dari malaikat (lelaki berjubah putih dan berjanggut). Mereka sangka mereka itu mendapat karamah atau ma'unah.

Apa yang lagi membimbangkan adalah, ketaksuban orang terhadap perawat ini akhirnya membawa kepada ajaran sesat (cthnya yang saya sendiri pernah terlibat dengan) kerana pesakit akan menurut setiap nasihat dan arahan perawat.

Oleh itu, saya minta jasa baik ustaz menulis dan menyiarkan artikel panduan bagi mengenali perawat-perawat Islam yang didampingi jin atau ilmu bathil ini supaya tak terjebak dengan khurafat. Mungkin juga perlu penjelasan lebih tentang apa itu pembedahan batin, menurun, menilik etc kerana sekarang ini semua dimulakan dgn bacaan Quran jadi pesakit ingat itu cara itu mengikut syariah. 
Saya dapati dari golongan asatizah, bertudung labuh, berserban juga ada yang mendapatkan rawatan dari bomoh spt ini. 

Ustaz tolong doakan akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 dikuatkuasakan secepat mungkin, agar JAKIM lebih mudah untuk memantau bomoh-bomoh yang menyesatkan ini. Saya juga berdoa Akta Jenayah Sihir digubal segera bagi menangani masalah ini.

Semoga usaha kita dalam berdakwah dan menyelamatkan aqidah umat Islam diberkati Allah.

Wallahua'lam.

-Hamba Allah-

Untuk topik akan datang kami akan mengupas berkenaan dengan Method rawatan yang ada di Malaysia ( setakat yang kami ketahui) agar dapat kita mengenalpasti dan membuat perbandingan dalam tujuan perubatan ini.

InsyaAllah.

Jangan lupa menjadi Follower kami

Wasalam



Rabu, 10 April 2013

SUSUK


Susuk yang lazimnya amat dikenali untuk tujuan kecantikan dan awet muda. Digunakan oleh sebahagian besar masyarakat melayu dahulu sebagai penaik seri wajah. Dikalangan 'mak andam' ianya amat diperlukan untuk menaikkan seri wajah pengantin yang disolek. Tidak cukup dengan make up  yang di tepek di wajah, di tambah pula dengan jampi² dan alatan lain mengikut ritual ilmu masing masing. 

Di zaman moden kini, ianya tidak banyak lagi digunakan, arus kemodenan yang dilalui membawa banyak pendedahan tentang maksud sebenar "susuk" itu. Masyarakat Islam melayu tidak lagi percaya tentang susuk, apatah lagi amalan sihir dan ganguan JIN, bahaya yang mengakibatkan bahana kepada diri seseorang itu membuatkan ramai orang sudah sedar dan takut menggunakannya. Namun masih ada lagi golongan yang masih memerlukan khidmat susuk ini terutama mereka yang berada di kalangan VIP & VVIP, ahli perniagaan, selebriti dan pelacur.



Apakah itu Susuk ?

Susuk adalah alat atau bahan medium yang digunakan sebagai 'pin point' bagi JIN untuk bertapak. Bahan seperti jarum, batu berlian, serbuk emas dan sebagainya dimasukkan kedalam tubuh seseorang itu secara ghaib. Sebenarnya bahan itu tidak sama sekali masuk kedalam tubuh, yang masuk itu adalah JIN yang boleh menyerupai jarum, serbuk emas, batu berlian dan sebagainya. Setelah masuk kedalam tubuh manusia tadi, maka bermula lah tugas mereka seperti yang diarahkan oleh tuan mereka iaitu DUKUN BOMOH LAKNAT TERKUTUK tersebut.

Bagaimana Susuk berfungsi?

JIN yang telah masuk kedalam tubuh orang tadi akan duduk di tempat yang diarah seperti di wajah bagi susuk kecantikan. JIN akan menayangkan keindahan kepada sesiapa yang melihat. ianya ibarat sebuah layar dihadapan wajah mereka tanpa mereka sedari. Jika ada kecacatan diwajah itu mereka akan sembunyikan, maka tidak ada orang akan melihat.

ada juga susuk yang dipakai untuk kebal, sama juga fungsinya. JIN itu akan duduk di 'pin point' yang di tetapkan dan akan mempertahankan tubuh tuannya dari berlaku sebarang kecelakaan.

Jika bergitu memakai 'susuk' adalah baik bukan?

Iya, pada lahirnya memakai susuk memanglah baik untuk sesuatu yang bertujuan kebaikkan, TETAPI AWAS. Padahnya adalah bukan kepada diri kita didunia, tetapi di akhirat juga sudah menanti. Tidak cukup dengan itu, anak keturunan kita juga bakal dibawa bersama ke dalam neraka. Bersesuaian dengan sumpah IBLIS untuk menyesatkan keturunan Adam a.s ke neraka bersama dengannya. Apabila seseorang dengan rela hati membeli susuk maka dia sebenarnya dengan rela hati mejemput JIN kedalam tubuh mereka. JIN sentiasa berusaha untuk masuk dan merusak manusia dan mereka tidak sekali kali membawa apa apa kebaikan kepada manusia. Apa yang mereka bawa hanya lah tipu daya semata mata agar kita tergolong dalam golongan mereka.

Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayat kepadanya atau sebaliknya?) Surah Al Fatir ayat 8

Meminta kepada yang ghaib selain Allah s.w.t. hukumannya adalah neraka hina dina.

Pada waktu muda seseorang itu, ketika dia masih sihat, maka JIN itu akan membawa kebaikan kepada mereka seperti cantik, gagah, kebal dan sebagainya. Tetapi apabila usia semakin meningkat, fizikal dan mental semakin lemah, ditambah pula dengan lemahnya iman kerana tidak dekat dengan Allah, maka ketika itu mereka akan memulakan misi utamanya iaitu menggagalkan dalam sakaratul maut supaya gagal mengucapkan kalimah "LAILAHAILLALLAH". Maka dapatlah mereka merangkul seorang lagi kawan mereka ke neraka.

Kalau bergitu kita buang lah sebelum tua....

Semudah bergitu kah?

JIN itu sentiasa berusaha untuk masuk merusak umat manusia terutama umat Muhammad s.a.w apa lagi yang di puja, di beli dan dipelihara sendiri, maka bagi pemakai susuk yang membeli dengan rela hati tadi, menjadi lebih mudahlah kerja mereka. Jadi mahukah JIN itu pergi dihalau bergitu sahaja sebelum upah dibayar? TIDAK MUNGKIN. Kerja yang dilakukan sekian tahun masih belum terima gaji kan? tidak mungkin mereka akan pergi bergitu sahaja kerana tugas utama masih belum selesai.


Apakah tanda -tanda orang yang memakai susuk?

Antara tanda² nya ialah:

  • Wajah yang tetap cantik tidak sesuai dengan umur (biasanya umur lanjut)
  • Sikap yang Ego dan Sombong bagi pemakai ilmu kebal
Bolehkah susuk dibuang?

Ya, dengan menangkap, membuang dan membunuh JIN yang duduk di dalam tubuh tadi itu, InsyaAllah hilanglah susuk itu tadi, kerana bahan medium (jarum, batu) tidak ada apa2 kekuatan. Tiada JIN maka tiadalah susuk. 







Selasa, 2 April 2013

Pembenci / Adu Domba


Topic perbincangan didalam Radio Bernama minggu yang lalu membincangkan tajuk "Pembenci / Adu Domba".

Disini saya ingin mengupas kembali apakah yang di maksudkan dengan topic tersebut.


Ilmu pembenci adalah ilmu hitam yang ditaburkan atau diperdagangkan oleh para dukun, bomoh atau tukang sihir kepada masyarakat yang memerlukan khidmat bagi memudaratkan sasaran atau musuh agar menerima kehancuran dalam perhubungan seperti dalam kehidupan rumah tangga, yang bakal mendirikan rumah tangga dan lain-lain perhubungan. Lebih menyedihkan lagi apabila pasangan yang telah membina rumah tangga selama bertahun-tahun lamanya dengan secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk berpisah atas sebab-sebab yang tidak jelas atau tidak masuk akal.

Persoalan yang lazim dari masyarakat:

·      Apakah tanda-tanda pasangan yang terkena ilmu pembenci?

d   Tanda ² pasangan yang terkena sihir jenis ini adalah mereka merasa tidak tenteram terutama apabila berdekatan dengan pasangan. Benci atau tidak suka melihat wajah, mendengar apa yang dibicarakan dan  tidak mahu bersama dlm apa jua keadaan. Terdapat juga simtom² pada fizikal iaitu, sakit kepala berpanjangan (mudah stress), sakit pinggang, sakit dlm perut atau mana mana anggota badan yang lain tanpa sebab. 

·     Siapakah yang bersedia menjadi sasaran ilmu pembenci ini?

   Dalam kebanyakan kes, kebiasaannya adalah pasangan suami isteri, peniaga, golongan ternama seperti artis atau angota pemerintah.

·     Adakah ilmu pembenci ini akan meninggalkan pasangan setelah pasangan berpisah?

     Sihir ganguan JIN ini tidak akan meninggalkan pesakit sekalipun misi mereka sudah berjaya, ini kerana misi utama JIN laknat terkutuk ini tidak lain dari 'membawa sebanyak²nya umat manusia terutama umat Muhammad ke neraka bersama mereka. Jadi jika mereka sudah berjaya menjalankan misi mereka seperti yang diarah oleh Tukang sihir, mereka masih ada lagi misi utama yang mesti di jalankan atas arahan Raja laknat terkutuk ini seperti sumpah IBLIS didalam alQuran.

       Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, (82) Surah Sad

·     Adakah ilmu pembenci ini memberi tempias/kesan kepada ahli keluarga?

     Sebangai mana sumpah IBLIS dalam ayat diatas, maka tidak akan terlepas seorang pun anak keturunan Adam a.s dari godaan kerja jahat yang akan dilakukan oleh bangsa laknat terkutuk ini.

     Musnad Ahmad 13858: Telah bercerita kepada kami Abu Mu’awiyah telah bercerita kepada kami Al ‘A’masy dari Abu Sufyan dari Jabir berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Iblis meletakkan istananya di atas air kemudian mengutus pasukannya. Singgasana paling rendah di air dihuni oleh yang paling besar kejahatannya, Iblis mendatangi satu persatu anggotanya, ada yang menjawab ‘Saya telah melakukan ini dan itu’, maka (Iblis) berkata; ‘Kamu belum berbuat apa-apa”. (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Kemudian ia mendatangi yang lain dan berkata; ‘Saya tidak meninggalkan dia, sampai saya bisa memisahkan dia dengan isterinya’”. (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Maka ia (iblis) tersebut menjadikan anggotanya yang telah berhasil memisahkan suami-isteri itu dekat dengannya”, atau beliau bersabda: “Maka ia selalui menyertainya, hingga raja iblis itu berkata; ‘Anak buah terbaik adalah kamu”. Abu Mu’awiyah pernah berkata; “Maka Iblis menjadikan anggotanya itu sangat dekat” dengannya.

     Berdasarkan Hadis diatas maka boleh dilihat bertapa IBLIS amat sayang kepada angotanya yang mampu membuat pasangan suami isteri berpisah.

   Marilah kita bersama sama muhasabah diri dengan mengenal tanda² ganguan sihir dalam keluarga kita dan jangan kita semata² menunding jari menyalahkan pasangan atau orang lain.

   Jika anda ada memiliki tanda² seperti diatas, maka segeralah pergi berjumpa dengan pakar perubatan yang mempunyai kepakaran dalam perubatan islam.






      

Selasa, 5 Mac 2013

PERANG, TANGKAP DAN BUNUH JIN ? TAPI KENAPA ?




Menjadi satu persoalan ketika ini kenapa kita perlu memerangi JIN laknatullah ini. Sering di tanya dan juga menjadi persoalan sama ada dari pesakit ataupun dari perguruan perubatan islam yang lain di Malaysia ini.

Biarlah kami memberi penjelasan disini berkenaan dengan isu dan persoalan ini agar menjadi pedoman dan juga maklumat tambahan kepada kita semua InsyaaAllah.

Bila kita menyentuh topic PERANG pastilah kita akan terbayang tentang hiruk pikuk atau pergaduhan, suasana yang kucar kacir dan macam macam lagi seperti yang mungkin kita pernah tonton dalam wayang atau movie di TV.









Apabila peperangan berlaku, maka beberapa insiden akan terlibat iaitu kematian, di tawan dan rampasan harta benda. Jika berlaku peperangan antara orang islam dan kafir maka insiden ini juga akan berlaku. Kematian orang islam menjadi syahid, harta di rampas dan ada juga askar yang cedera dan ditawan.



Manakala apabila berlaku peperangan antara Manusia dengan Jin akan berlaku juga insiden yang sama, tetapi yang menjadi persoalannya kenapa mereka perlu diperangi?

Didalam Al-Quran Allah swt berfirman :

Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. (4) Surah Muhammad. Ayat 4.

Ayat diatas menjadi dalil bagi kami di Yashfien untuk memerangi laknatullah ini. Ada juga yang mengatakan bahawa translation ayat diatas hanyalah untuk 'orang' yakni manusia dan bukan jin. kenapa harus digunakan ayat ini untuk memerangi jin. Menjawab persoalan ini adalah dengan mengetahui dan memahami dari segi bahasa itu sendiri. jika kita membaca translation ayat tersebut dalam bahasa English atau Arab, maka ayat tersebut akan berbunyi " Now when ye meet those who disbelieve, smite their necks until when ye have slain them greatly, then make fast the bonds;...." @ "So, when you meet (in fight — Jihâd in Allâh's Cause), those who disbelieve smite (their) necks till when you have killed and wounded many of them, then bind a bond firmly (on them, i.e. take them as captives)...." boleh dirujuk di http://www.quranexplorer.com/quran. Disbelieve jika di translate dalam bahasa melayu bererti kafir ( bukan merujuk kepada manusia sahaja). 

Al Quran diturunkan bagi Manusia dan Jin sesuai dengan firman Allah dalam surah Al Jinn:

Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan.(1) Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. (2)

Penegasan tentang Al Quran adalah untuk Manusia dan Jin juga banyak terdapat dalam ayat2 dan surah lain di dalam Al Quran. Sekarang kita sentuh pula topik "kenapa nak perang?".

Firman Allah dalam Surah Yaseen : 

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60)

Musuh yang nyata di firmankan Allah dalam ayat ini menegaskan bahawa bertapa penting kita memerangi JIN Laknatullah ini. Setelah kami membuat kajian yang lebih teliti tentang memerangi JIN dan kepentingan nya, kami memahami beberapa perkara penting berdasarkan daripada sumpah Iblis kepada Allah swt iaitu 

Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,(anak adam) (82) Surah Sad.

Membawa sebanyak banyaknya umat manusia ke neraka adalah misi UTAMA mereka. Beberapa insiden yang akan berlaku jika Manusia yang diserang oleh mereka ini dan akan mengakibatkan :-

  1. Serangan Fizikal 
  2. Serangan Mental 
  3. Serangan Akidah 
  4. Serangan kepada hubungan kekeluargaan 
  5. Mati menjadi kawan mereka ke Neraka kerana orang yang sudah di takluki oleh JIN akan susah untuk beribadah, lupa kepada Allah dan akhir sekali ketika sakaratul maut JIN akan menyekat lidah dari mengucapkan kalimah Tauhid "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah" dan telinga juga akan ditutup dari mendengar tuntunan dan ajaran zikir dari waris mereka. Jika ini berlaku maka berjayalah JIN laknatullah itu dalam misi mereka. 
  6. Berpindah kepada keturunan . ( yang biasa di sebut sebagai saka) 
Berdasarkan penjelasan diatas maka terjawab lah persoalan kita, apakah kita harus membiarkan mereka ini bermaharajalela atau kita perangi mereka.

Persoalan sebenarnya adalah apabila kita sudah diperintahkan memerangi musuh Allah ini, adakah kita Mengenali mereka ? Bagaimanakah cara Memerangi mereka ? Cukupkah sekadar membaca ayat ayat        Al Quran untuk memerangi mereka? InsyaAllah kita akan kupas dalam Persoalan akan datang.

Wasalam.





















Ahad, 3 Mac 2013

SEMINAR SIRI 7- PEMBINAAN KETAHANAN DALAMAN


BERSAMA SAYA DI SEMINAR PERANGI SIHIR 
    di Kelab Darul Ehsan Ampang
    pada hari Sabtu, 06-April-2012
8:00pg - 6:30ptg

Sila hubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut atau pendaftaran
013 289-3304 (Cik Siti)
017 656-8574 (En. Shafique)
013 287-3304 (En. Azhar)





Jumaat, 23 November 2012

UMRAH 2013


Ahad, 7 Oktober 2012

BERSAMA SAYA DI SEMINAR PERANGI SIHIR 
    di Kelab Darul Ehsan Ampang
    pada hari Sabtu, 13-Oktober-2012
8:00pg - 6:30ptg

Sila hubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut atau pendaftaran
013 289-3304 (Cik Siti)
017 656-8574 (En. Shafique)
013 287-3304 (En. Alfen)