Jumaat, 2 Mac 2012

SEMINAR PERUBATAN KOMPLIMENTRI ISLAM

Yashfien Herbs Sdn Bhd dengan sokongan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Penyiar TV Rasmi ASTRO OASIS akan menganjurkan Seminar Perawatan Islam : Pembinaan Ketahanan Dalaman & Perangi Sihir.

Membuka tirai Seminar Perangi SIHIR,

 Pada 31 Mac & 1 April 2012 (Sabtu & Ahad)
Di IIUM / UIAM (Experimental Hall)
Dari jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang

Menampilkan Speaker Utama,
Dato' Hj Engku Ansaruddin Agus
(Pengasas Rawatan Komplimentari Yashfien & Penulis Buku "Perangi SIHIR")

Tetamu Jemputan,
Dr. Robiah K. Hamzah
(Motivator)
Dr Mohammad Azlee A Mutalib
(Doktor Perubatan di Institut Jantung Negara & Penulis Buku "Perangi SIHIR")

Penampilan Istimewa,
Ustazah Firuz Akhtar [Ustazah Pilihan Firuz] & Ustazah Siti
(Finalis Ustazah Pilihan Astro Oasis)

Penyertaan terhad. Yuran Pendaftaran hanya RM 450 seorang. Hubungi Cik Nur Mastura Mansor 012 458 1500 / 012 971 3302

http://www.herbs-yashfien.blogspot.com/
 
 

Selasa, 20 Disember 2011

AKU KECIL DAN KERDIL BAGAIKAN ABU DI ATAS TUNGGUL, TIDAK ADA APA-APANYA

Berjalanlah anda dengan takut dan ingat dan melaksanakan perintah Allah SWT, dan berjalanlah anda dengan petunjuk junjungan Nabi Besar Muhammad Rasulullah SAW, dan perbanyaklah guru yang bermanfaat agar kita tidak taasub dan fanatik kepada satu guru. Guru seorang tidak cukup, belajar kepada sepuluh guru pun tidak mencukupi, apabila kita insaf bahawa ilmu Allah seluas langit dan seluas bumi yang hendak kita kejar dan kita cari untuk persiapan hidup di dunia dan hidup di akhirat, insya Allah kita akan menemukan yang baik dan terbaik agar kita tidak menyatakan ilmu orang tersebut tidak benar. Mungkin ilmu mereka ada benarnya, mungkin tidak benar, apabila kita sudah memperkaya diri dengan pelbagai benteng ilmu pengetahuan yang bermakna, yang baik, yang diredhoi oleh Allah SWT.

Kesimpulannya, jangan sombong, takbur, riak, taasub dengan yang apa kita perolehi tersebut. Mengapa demikian, kerana ilmu yang ada pada orang lain mungkin lebih baik lebih sempurna dari apa yang kita ketahui. Maka itu batas belajar dan mencari guru adalah liang lahad (sakratul maut). Insya Allah, semoga kata-kata ini bermanfaat untuk diri saya dan keluarga saya, serta untuk anda teman facebook saya

Ahad, 4 Disember 2011

Jodoh


Jodoh adalah milik Allah. Adakalanya Allah tentukan seseorang atau waktu yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan adakalanya mungkin jauh dari pandangan kita.

Antara faktor yang memungkinkan seseorang lambat mendapat jodoh, contohnya doa yang belum dimakbulkan, restu ibubapa, usaha kurang sempurna, terlalu memilih dan lain-lain lagi.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Ikhlaskan niat untuk bertemu jodoh kerana Allah swt. Usah berputus asa dari rahmatnya dan sentiasa bersangka baik dengan kemaafan dan pengampunan dari Allah.

Jodoh, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga seseorang itu berusaha untuk membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. Teruskan usaha dengan penuh kesabaran. Doa adalah senjata paling ampuh bagi umat islam. Firman Allah swt “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Surah Al Mu'min:ayat 60).

 
InsyaAllah... mungkin Allah akan mengabulkan doa tersebut sebagaimana yang diminta. Mungkin juga Allah memberi yang lebih baik, dan tidak mustahil juga ia digantikan dengan yang lain kerana itu adalah lebih baik utk diri kita. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Wallahu A'lam.

Kebersihan Hati


Di dalam soal kebersihan hati, wajar untuk melihat sesuatu perkara atau menilai seseorang dengan mata hati yang bersih. Sentiasa bersikap dan bersangka baik sesama insan, sekalipun keadaan seakan-akannya tidak memihak kepada kita. Rawat penyakit hati dengan memberi kemaafan.
Ikhlas dan redha dalam menghadapi ujian Allah swt dengan sabar dan hati yang terbuka. Allah swt tidak akan menutup satu pintu tanpa membuka pintu yang lain. Setiap penyakit ada ubatnya, setiap ujian ada hikmahnya, setiap yang baik ada buruknya dan setiap yang buruk ada baiknya. 


Kebersihan hati juga berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Yunus, Ayat 57:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhanmu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dadamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. 


Dalam menghadapi gangguan jin dan syaitan yang berterusan, langkah yang bijak ialah tingkatkan usaha utk berubat ke tempat orang yang pakar dan benar-benar arif dalam ilmu rawatan alternatif serta tidak terkeluar dari landasan Al-Quran dan Sunnah. Sentiasa bersabar dlm menghadapi ujian ini kerana segala kesembuhan adalah dengan izin Allah swt yang Maha Berkuasa dan Maha Penyembuh. Amal ibadah yang wajib jangan ditinggalkan dan yang sunat diperbanyakkan.
Wallahualam. Amiinn ya Robbal 'Alamiinn.


Selasa, 18 Oktober 2011


Penggemar-penggemar FB,
Di saat ketika kita di ambang pintu kesedihan, kesulitan, kegundahan dan kedukaan, yakin lah bahawa ianya datang dari Allah swt dengan membawa rahmat dan kasih sayang yang begitu luas.


Dal...am hal ini, wajar untuk kita melihat sesuatu perkara atau menilai seseorang dengan mata hati yang bersih. Sentiasa bersikap dan bersangka baik sesama insan, sekalipun keadaan seakan-akannya tidak memihak kepada kita.

Cukup indah pesanan Rasulullah saw:
Tiadalah seorang muslim ditimpa kesulitan demi kesulitan, kegundahan demi kegundahan, kesedihan demi kesedihan, kesakitan demi kesakitan, kedukaan demi kedukaan, sampai sepotong duri yang melukai kakinya, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya - HR Bukhori-Muslim.

Ananda, ikhlas dan redha dalam menghadapi ujian Allah swt dengan hati yang terbuka. Allah swt tidak akan menutup satu pintu tanpa membuka pintu yang lain. Setiap penyakit ada ubatnya (kecuali mati), setiap ujian ada hikmahnya, setiap yang baik ada buruknya dan setiap yang buruk ada baiknya. Segala perbuatan tidak baik terhadap diri kita dilalui dengan sabar dan rawat penyakit hati dengan memberi kemaafan.

Kebersihan hati amat berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang. Justeru, sempurnakan amal ibadah yang wajib dan perbanyakkan yang sunat.

Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Yunus, Ayat 57:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhanmu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dadamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Wallahualam.

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada semua dan kita sentiasa diredhai Allah swt. Amiinn ya Robbal 'Alamiinn.

Ahad, 9 Oktober 2011

DAPATKAN SEGERA UTK PEDOMAN ANDA

PINTU RAHSIA KEMASUKAN JIN, SYAITAN & IBLIS LAKNAT TERKUTUK


Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat saya dan penggemar-penggemar FB,

Jin, iblis, laknak terkutuk telah bersumpah untuk merosakkan sebanyak-banyak zuriat keturunan Adam dan menjadi pengikutnya ke dalam neraka.
Di sini, saya akan memberikan penjelasan serta berkongsi sesuatu yang telah diajarkan oleh para guru saya, dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada anda semuanya.

Dengan keredhaan dan ketulusan yang ikhlas, saya ingin membukakan suatu rahsia. Biarpun ianya agak umum sebenarnya, mungkin ada para penggemar FB dan sahabat-sahabat saya yang tidak berkesempatan untuk mendengar atau mendapat petunjuk ini dari sesiapa.

Pada saat ini saya bukakan pintu rahsia iaitu jin, syaitan, iblis laknat terkutuk sebenarnya tidak sekuat mana seperti yang digembar-gemburkan. Apa yang lebih nyata, jin, syaitan, iblis tidak akan mampu mengganggu hamba-hamba Allah yang ikhlas, redha, bersih pemikiran hatinya serta selalu berzikir kepada yang Allah. Disebabkan kasih dan cinta seseorang yang tulus kepada Allah, setiap langkah dan pergerakkan hamba Allah ini akan selalu diiringi oleh pandangan Allah. Orang seperti ini, InsyAllah, tidak akan mampu diganggu, dirosak atau dihasut oleh jin, syaitan, iblis laknak terkutuk.

Walaupun demikian, anda harus insaf serta mengelakkan diri dari perasaan ego, sombong dan takabur. Jangan sekali-kali beranggapan bahawa anda tidak mampu diganggu oleh jin, syaitan, iblis laknat terkutuk apabila sentiasa dekat kepada Allah. Pada hakikatnya, ramai yang datang kepada saya dengan pengakuan dan persoalan “mengapa dirinya masih boleh disihir sedangkan selalu mengamalkan sehingga 3000 zikir?” Yang sebenarnya, perasaan riak, sombong dan takabur telah hadir dalam dirinya.

Dari celah mana kemasukan jin tersebut? Jin, syaitan, iblis laknak terkutuk mampu untuk menerobos seseorang melalui celah-celah kesombongan dan keegoan, sekalipun sebesar zarah atau sebesar abu.

Kebersihan hati amat berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang. Justeru, bagi mereka yang ikhlas dan redha, jin,syaitan dan iblis tidak akan mampu mendekati orang yang mukhlisin.

Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada anda semua. Jangan lupa tingkatkan keimanan, ketakwaan, kesabaran, ketulusan, kebersihan jiwa dan rohani anda. InsyaAllah, anda akan terselamat dunia & akhirat.

Wallahualam. Sadaqallahul Azim.