Ahad, 4 Disember 2011

Kebersihan Hati


Di dalam soal kebersihan hati, wajar untuk melihat sesuatu perkara atau menilai seseorang dengan mata hati yang bersih. Sentiasa bersikap dan bersangka baik sesama insan, sekalipun keadaan seakan-akannya tidak memihak kepada kita. Rawat penyakit hati dengan memberi kemaafan.
Ikhlas dan redha dalam menghadapi ujian Allah swt dengan sabar dan hati yang terbuka. Allah swt tidak akan menutup satu pintu tanpa membuka pintu yang lain. Setiap penyakit ada ubatnya, setiap ujian ada hikmahnya, setiap yang baik ada buruknya dan setiap yang buruk ada baiknya. 


Kebersihan hati juga berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Yunus, Ayat 57:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhanmu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dadamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. 


Dalam menghadapi gangguan jin dan syaitan yang berterusan, langkah yang bijak ialah tingkatkan usaha utk berubat ke tempat orang yang pakar dan benar-benar arif dalam ilmu rawatan alternatif serta tidak terkeluar dari landasan Al-Quran dan Sunnah. Sentiasa bersabar dlm menghadapi ujian ini kerana segala kesembuhan adalah dengan izin Allah swt yang Maha Berkuasa dan Maha Penyembuh. Amal ibadah yang wajib jangan ditinggalkan dan yang sunat diperbanyakkan.
Wallahualam. Amiinn ya Robbal 'Alamiinn.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan