Khamis, 5 Julai 2012

MAKLUMAN BUAT PESERTA KURSUS SEMINAR PERANGI SIHIR
(PROGRAM ATURCARA DAN PETA LOKASI)

Assalamualaikum,
Seminar Pembinaan Ketahanan Dalaman pada 7 Julai 2012 akan diadakan di Kelab Darul Ehsan Ampang bermula pada pukul 7.30 pagi (pendaftaran) hingga 6 petang.

1. Peserta diwajibkan berada di lokasi seminar pada waktu yang ditetapkan bagi melancarkan perjalanan seminar.

2. Peserta wanita disarankan untuk memakai pakaian menutup aurat serta membawa telekung sendiri untuk kegunaan solat.

3. Sila kemukakan resit semasa pendaftaran bagi peserta yang telah menerima resit pembayaran.

4. Kepada peserta seminar yang masih belum membuat pembayaran penuh atau belum kemukakan slip pembayaran 'internet banking' atau 'bank in' sendiri, sila berbuat demikian semasa pendaftaran.

5. Mohon maaf, kanak-kanak tidak dibenarkan berada di dalam seminar.

Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran, sila hubungi Puan Maria (013-2873304). Untuk pertanyaan lain, sila hubungi Cik Siti (013-2893304) atau En. Shafique (017-6568574).

Kerjasama dari semua peserta seminar amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih.

Pihak Pengurusan Seminar Pembinaan Ketahanan Dalaman

Selasa, 3 Julai 2012

BERSAMA SAYA DI SEMINAR PERANGI SIHIR 
    yang akan dirasmikan oleh
 YB SENATOR DATO DR MASHITAH IBRAHIM
    di Kelab Darul Ehsan, Ampang
    pada hari Sabtu, 7-Julai-2012
Hubungi CIK SITI (013-289-3304) untuk maklumat lanjut atau pendaftaran
BERSAMA SAYA DI SEMINAR PERANGI SIHIR 
    yang akan dirasmikan oleh
 YB SENATOR DATO DR MASHITAH IBRAHIM
    di Kelab Darul Ehsan, Ampang
    pada hari Sabtu, 7-Julai-2012
Hubungi CIK SITI (013-289-3304) untuk maklumat lanjut atau pendaftaran

Sabtu, 23 Jun 2012

ARTIS MANGSA SIHIR


RAHSIA ILMU HITAM

RAHSIA ILMU HITAM
Oleh Elrafaei Sapi (Harian Metro, Isnin 28 Mei 2012)


CERITA sihir atau gangguan makhluk halus suatu yang lazim berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu. Malah, cerita sebegini juga kerap kali dijadikan plot dalam filem dan drama.

Jika filem dan drama seram menerima sambutan positif penonton, penerbitan program TV juga penting untuk mengupas perkara mistik ini lebih mendalam.

Namun, sejauh mana program ini mampu mendedahkan pengalaman mangsa atau membuka rahsia pengamal, apa yang diharapkan ia menjadi pengajaran untuk dikongsi bersama penonton.

Saluran Islamik, Astro Oasis (saluran 106) meneruskan usaha mendidik dan menghiburkan penonton dengan menyalurkan kandungan program bermutu.

Menerusi program baru, Perangi Sihir yang mula disiarkan sejak 7 Mei lalu, penonton berpeluang mendapat maklumat lebih tepat mengenai amalan sihir bersama Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual, Datuk Engku Ansaruddin Agus, 60, atau lebih dikenali sebagai Pak Engku.

Dia berpandangan tidak ramai penonton sanggup berkongsi secara terbuka, malah penerbitan program ini juga dibimbangi segelintir pihak yang menganggap ia memberi tanggapan negatif.

“Saya pernah ditemubual dan kemudian memberi cadangan agar topik sihir ini dibincangkan lebih terbuka tetapi beberapa pihak tidak berani melakukannya. Sebaliknya, Astro Oasis memberikan peluang sepenuhnya pada saya untuk membincangkan perkara ini lebih mendalam.

“Kisah masyarakat berdepan gangguan ilmu hitam sudah banyak berlaku, tetapi ia masih memberi pengajaran berguna untuk dikongsi bersama penonton.

“Sejak zaman 80-an, saya banyak kali memperkatakan perkara sihir ini dan saya tegaskan kita seharusnya memerangi sihir. Sihir tidak kuat sekiranya dalam diri mempunyai kekuatan spiritual yang cukup,” katanya selepas rakaman program Perangi Sihir di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pak Engku yang bertindak sebagai pengerusi eksekutif pusat perubatan Yashfien Herbs Sdn Bhd menjelaskan, mangsa yang disihir mengalami perasaan gementar dan degupan jantung kencang.

Berpengalaman selama 42 tahun merawat pesakit, Pak Engku mendedahkan golongan artis tempatan juga antara pesakit yang mendapatkan rawatan daripadanya.

“Ramai artis datang berubat dengan saya seperti ada penyanyi mengalami situasi tidak dapat mengeluarkan suara ketika mahu menyanyi di pentas. Setakat ini, 85 peratus pesakit yang dirawat sembuh dan saya juga masih belum habis belajar ilmu rawatan ini,” katanya yang pernah menuntut dengan 72 guru.

Program ini yang bersiaran setengah jam memberi peluang ke pada penonton berinteraksi bersama Pak Engku menerusi panggilan telefon, facebook dan twitter. Penonton bertuah ini diberi kesempatan berkongsi masalah dan mendapatkan nasihat Pak Engku.

Kepada penonton Astro Oasis (saluran 106), saksikan program Perangi Sihir disiarkan setiap Isnin, jam 7.30 malam.

Khamis, 10 Mei 2012

ASTRO OASIS DEDAH CARA PERANGI SIHIR


ASTRO OASIS DEDAH CARA PERANGI SIHIR

-mStar Online (Rabu, 9 Mei 2012)


PAKAR perunding ilmu spiritual Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) menegaskan tidak gentar untuk berhujah mengenai senario ilmu sihir melalui program televisyen kerana merasakan ia wajar didedahkan kepada masyarakat.

Pak Engku, 60, berkata, walaupun ilmu sihir adalah sesuatu yang digeruni dan sensitif di kalangan masyarakat tetapi dia terpanggil untuk memberikan pendedahan berdasarkan pengalamannya sebagai pengamal perubatan alternatif selama 42 tahun.

“Saya akui sihir bukan perkara main-main dan memang mencabar. Jarang ada pihak yang berani untuk berhujah atau memerangi perkara ini secara terbuka apatah lagi menerusi program televisyen. “Namun, saya tidak ragu-ragu atau gentar untuk menentang sihir kerana ia adalah satu kerugian jika saya tidak berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimiliki ini untuk membantu masyarakat,” katanya kepada mStar Online.

Pak Engku berkata demikian selepas mengacarakan rakaman program terbaru berjudul Perangi Sihir (PS) di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil di sini, malam Isnin. Program bual bicara mingguan ini disiarkan selama 30 minit menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Isnin bermula pukul 7.30 malam sebanyak 13 episod.

Pak Engku berkata, umat Islam tidak perlu berasa takut atau tunduk kepada gangguan serta godaan jin dan syaitan, sebaliknya menentang amalan sihir tanpa tolak ansur.

“Sihir boleh dilawan jika kita mempunyai kekuatan rohani dan metafizik serta amalan yang cukup. Sebagai hambanya, kita wajar berusaha dan berserah selebihnya kepada Allah. “Saya tidak akan berkompromi dengan jin dan syaitan. Unsur-unsur kejahatan ini harus diperangi, ditangkap dan dibunuh,” terang pemilik Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien Herbs di Sungai Besi ini.

Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Oasis Izelan Basar berkata, pihaknya bertanggungjawab untuk menyiarkan kandungan yang berguna termasuklah program berkaitan ilmu sihir yang boleh memberikan panduan dan manfaat kepada masyarakat.
“Kami ingin membantu masyarakat yang berdepan masalah berkaitan sihir untuk memperoleh maklumat dan berkongsi pengalaman mereka berdasarkan topik-topik perbincangan dengan Pak Engku.

“Sejak idea program ini dibentangkan, kami menghadapi pelbagai halangan dan gangguan sehingga ke hari pertama rakamannya. Namun, ia tidak menggoyahkan semangat kami untuk meneruskan penyiaran program ini,” jelasnya. PS bakal memaparkan perbincangan Pak Engku dengan tetamu jemputan di studio mengenai pelbagai masalah berkaitan sihir daripada perspektif Islam serta kupasannya menerusi dalil (bukti) Al-Quran dan sunnah.

Antara topik perbincangan termasuklah Apa Itu Sihir dan Simptom Terkena Sihir, Kesan dan Akibat Terkena Sihir, Padah Bagi Pengamal Sihir, Contoh-contoh Amalan Sesat, Benteng Diri dan Rawatan Dengan Berzikir.