Sabtu, 28 April 2012

Seminar Perangi Sihir






Diserang jin ketika seminar


SUASANA tenang dan hening walau sejuk dek pendingin hawa di Dewan Dewan Experimental, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, lokasi berlangsung Seminar Motivasi Spiritual dan Perawatan Islam pada Ahad lalu membolehkan peserta memberi tumpuan penuh kepada topik yang dibicarakan.

Para peserta hampir 50 orang begitu menumpukan perhatian terhadap perkongsian pengalaman dan ilmu yang disampaikan oleh seorang pakar yang tidak asing lagi dalam menangani 'jenayah' ilmu hitam, iaitu Datuk Engku Ansaruddin Agus yang lebih dikenali sebagai Pak Engku.

Sebelum Pak Engku menyampaikan ceramah, pakar motivasi terkenal Dr. Robiah Kulop berjaya menghidupkan suasana tanpa sebarang 'gangguan' dengan pelbagai celoteh membinanya ketika mengupas tajuk Kehancuran Rumah Tangga Kerana Ancaman Sihir.

Tetapi apabila tiba giliran Pak Engku yang ceria menyampaikan ceramah, tiba-tiba raut wajahnya berubah.
Wajah Pak Engku bertukar serius dan dengan pandangan mata yang tajam menuju kepada salah seorang peserta kursus yang duduk betul-betul bertentangan dengannya yang ketika itu berdiri menyampaikan ceramah di hadapan pentas dewan tersebut.

Suasana menjadi gempar apabila peserta tersebut, seorang wanita yang memakai tudung merah jambu mula 'mengamuk'. Dia menjerit-jerit mengeluarkan perkataan-perkataan kasar sambil mengacu-acukan tangan dan melepaskan kemarahan yang meluap-luap terhadap Pak Engku. Daripada seorang yang kelihatan begitu lemah-lembut, wanita itu bertukar ganas yang menyebabkan Pak Engku terpaksa membuat perhitungan.

Ceramah tergendala dek ada yang mula kerasukan jin. Pak Engku menggunakan segala kepakaran yang ada bagi berhadapan dengan jin yang dipercayai telah lama berada dalam tubuh wanita yang berstatus ustazah itu. Pak Engku langsung tidak memberi peluang kepada jin tersebut. Lalu memberi amaran supaya tidak menganggu 'anak Adam' sambil berjaya 'menangkap' jin tersebut apabila ditekan di bahagian leher dan kepala wanita itu. Sambil menekan pada bahagian-bahagian tersebut makhluk halus tersebut mula melolong-lolong kesakitan. Namun, bukan sahaja ustazah itu yang diganggu jin semasa seminar tersebut berlangsung, tidak lama kemudian sekali lagi Pak Engku terpaksa bertarung dengan jin yang menganggu seorang lagi peserta perempuan yang masih muda remaja. Remaja tersebut tidak berhenti-henti mengalami batuk yang teruk dan kemudiannya tidak sedarkan diri. Ini diikuti seorang lagi peserta wanita, Engku Wan Zakira juga dirasuk jin yang dipercayai buatan orang yang busuk hati terhadapnya. Ini apabila terdengar antara lain yang keluar daripada wanita ini ketika dalam keadaan kerasukan: "Aku benci perempuan nih! Aku benci!!! Dia perempuan baik! Aku tak suka dia baca kitab hijau (al-Quran)! Aku tak suka anak aku jadi baik bila kahwin dengan perempuan ini!"

Mungkin 'adegan-adegan' seperti itu biasa dilihat atau pernah dialami oleh kita setiap kali berlakunya pertembungan makhluk halus dan manusia. Begitupun bagi mereka yang tidak pernah melihat dan alami, tentu menganggap bahawa semua itu adalah lakonan dan sukar untuk diterima akal walaupun kita percaya mengenai kewujudan jin dan syaitan.
Tetapi dengan berkongsi kisah mereka yang pernah dan sedang mengalami gangguan jin dan syaitan mungkin banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar.

Jumaat, 13 April 2012

Seminar


Isnin, 2 April 2012

"Perangi Sihir"


Wajib bagi anda belajar dan mengetahui kejahatan yang mengancam agar kita dapat mengetahui bagaimana caranya kita mengatasi, membenteng atau membentuk diri mempunyai ketahanan dalaman dalam menangkis, menepis kejahatan-kejahatan ghaib yang biasa disebut “black magic” atau sihir. Sihir ini adalah kerjasama manusia dan jin syaitan iblis laknat terkutuk untuk menyerang dan menganiaya seseorang. Dan kita wajib juga mengetahui kejahatan-kejahatan tersebut amatlah berbahaya dan sangat-sangat merugikan pada diri serta keluarga kita. Bukan setakat boleh menghancurkan keharmonian rumah tangga, ia juga boleh merosak organ tubuh dan menjadikan kehidupan rumahtangga jadi porak peranda, bercerai berai. Atas perbuatan dengki boleh mendatangkan ingatan fikiran bagaimana untuk menganiaya orang atau jiran tetangga. Rasa kesal pada seseorang dibayar dengan kejahatan yang menentang Sunnah dan Al Quran iaitu yang mempergunakan kejahatan-kejahatan jin syaitan iblis laknat terkutuk. Pasti mereka dihasuti oleh jin syaitan iblis laknat terkutuk agar menemui para dukun dan bomoh sihir.



Penyakit misteri atau gangguan misteri yang tidak diketahui asal usulnya. Penyakit dan gangguan misteri tersebut lazimnya adalah penyakit yang datang atau dibawa oleh jin syaitan iblis laknat terkutuk yang setuju bekerjasama dengan manusia-manusia atau para dukun bomoh yang mengamalkan kejahatan-kejahatan ilmu hitam, menerima bayaran upahan ratusan ribuan ringgit untuk menghantar penyakit misteri tersebut kepada seseorang atau dalam rumahtangga seseorang. Sehingga rosaklah kehidupan rumahtangga dengan merasakan sakit, penderitaan dan bermacam-macam sampai ke hujung kaki. Seringkali menjumpai doktor-doktor Alopati atau pergi ke hospital, setelah dilakukan penelitian, pemeriksaan dan didapati tidak ada penyakit pada tubuh mereka. Tetapi saban hari mereka merasakan penderitaan dan sakit dalam tubuhnya. Bermacam-macam simptom-simptom sakit tetapi tidak dapat dikesan menurut ilmu Alopati, ilmu kedoktoran. Di sinilah letaknya penyembunyian dan halusnya permainan “black magic” atau ilmu hitam tersebut.




Apakah kita akan berdiam diri? Apakah kita tidak ingin untuk menggali potensi dalam diri bahawa kita mampu untuk mengatasi cubaan yang datangnya daripada ilmu hitam “black magic” atau sihir tersebut. Apabila kita sudah mengenal di dalam tubuh kita ini ada potensi-potensi yang murni, bersih dan baik, terus, kita isi dengan kekuatan spiritual dengan ayat-ayat Allah, dengan keyakinan dan pengisian amalan terhadap kebesaran kekuatan Allah. Pabila kedua-dua potensi ini digabungkan maka lahir kekuatan spiritual, kekuatan yang luarbiasa dari tubuh dan diri kita. InsyaAllah, kejahatan sihir tersebut berfikir 2 kali untuk masuk ke dalam tubuh anda.

Ini Contoh Amalan Kurafat




Dan disini juga saya mengutip bagaimana mereka yang sudah terlanjur dan tersilap langkah pergi kepada perubatan-perubatan yang bertentangan dengan Aqidah. Juga wajib bagi anda mempelajari, kenapa kita harus melangkah jauh agar tidak tenggelam ke dalam api neraka kerana terlibat dalam mengamalkan konsep sistem perubatan-perubatan yang bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah. Malahan, ketika untuk belajar ini bukan setakat untuk benteng diri. Kunci utama kita, menggali, membentuk ketahanan dalaman agar kita mendapatkan ilmu yang bermanfaat di Dunia dan di Akhirat. Mudah-mudahan ke akhir hayat nantinya dapat membenteng diri kita dalam menghadapi sakaratulkmaut daripada gangguan, bisikan, fitnah, aniaya jin syaitan iblis laknat terkutuk yang berlumba-lumba dan berkejar-kejar merangkul dan menarik kita agar tersesat menghadapi sakaratulmaut.



Semoga anda mendapat petunjuk dan penerangan dari Allah sehingga terbuka mata hati anda dan jauh mempunyai keinginan menggali, mengolah dan belajar. Tahukah saudara waktu dan kesempatan untuk belajar yang dituntun oleh guru-guru yang arif dalam bidang ini adalah langkah yang bijak. Anda belajar dengan membaca buka tanpa berguru, syaitan akan berbisik, kesesatan menunggu. Selamat dalam kehidupan di Dunia dan Akhirat pabila anda mula menyedari persoalan ini sangat panas dan ganas mengancam anda. Selamat belajar, insyaAllah selamat di Dunia & Akhirat. Maha benar Allah dengan ayat-ayatNya.