Selasa, 18 Oktober 2011


Penggemar-penggemar FB,
Di saat ketika kita di ambang pintu kesedihan, kesulitan, kegundahan dan kedukaan, yakin lah bahawa ianya datang dari Allah swt dengan membawa rahmat dan kasih sayang yang begitu luas.


Dal...am hal ini, wajar untuk kita melihat sesuatu perkara atau menilai seseorang dengan mata hati yang bersih. Sentiasa bersikap dan bersangka baik sesama insan, sekalipun keadaan seakan-akannya tidak memihak kepada kita.

Cukup indah pesanan Rasulullah saw:
Tiadalah seorang muslim ditimpa kesulitan demi kesulitan, kegundahan demi kegundahan, kesedihan demi kesedihan, kesakitan demi kesakitan, kedukaan demi kedukaan, sampai sepotong duri yang melukai kakinya, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya - HR Bukhori-Muslim.

Ananda, ikhlas dan redha dalam menghadapi ujian Allah swt dengan hati yang terbuka. Allah swt tidak akan menutup satu pintu tanpa membuka pintu yang lain. Setiap penyakit ada ubatnya (kecuali mati), setiap ujian ada hikmahnya, setiap yang baik ada buruknya dan setiap yang buruk ada baiknya. Segala perbuatan tidak baik terhadap diri kita dilalui dengan sabar dan rawat penyakit hati dengan memberi kemaafan.

Kebersihan hati amat berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang. Justeru, sempurnakan amal ibadah yang wajib dan perbanyakkan yang sunat.

Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Yunus, Ayat 57:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhanmu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dadamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Wallahualam.

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada semua dan kita sentiasa diredhai Allah swt. Amiinn ya Robbal 'Alamiinn.

Ahad, 9 Oktober 2011

DAPATKAN SEGERA UTK PEDOMAN ANDA

PINTU RAHSIA KEMASUKAN JIN, SYAITAN & IBLIS LAKNAT TERKUTUK


Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat saya dan penggemar-penggemar FB,

Jin, iblis, laknak terkutuk telah bersumpah untuk merosakkan sebanyak-banyak zuriat keturunan Adam dan menjadi pengikutnya ke dalam neraka.
Di sini, saya akan memberikan penjelasan serta berkongsi sesuatu yang telah diajarkan oleh para guru saya, dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada anda semuanya.

Dengan keredhaan dan ketulusan yang ikhlas, saya ingin membukakan suatu rahsia. Biarpun ianya agak umum sebenarnya, mungkin ada para penggemar FB dan sahabat-sahabat saya yang tidak berkesempatan untuk mendengar atau mendapat petunjuk ini dari sesiapa.

Pada saat ini saya bukakan pintu rahsia iaitu jin, syaitan, iblis laknat terkutuk sebenarnya tidak sekuat mana seperti yang digembar-gemburkan. Apa yang lebih nyata, jin, syaitan, iblis tidak akan mampu mengganggu hamba-hamba Allah yang ikhlas, redha, bersih pemikiran hatinya serta selalu berzikir kepada yang Allah. Disebabkan kasih dan cinta seseorang yang tulus kepada Allah, setiap langkah dan pergerakkan hamba Allah ini akan selalu diiringi oleh pandangan Allah. Orang seperti ini, InsyAllah, tidak akan mampu diganggu, dirosak atau dihasut oleh jin, syaitan, iblis laknak terkutuk.

Walaupun demikian, anda harus insaf serta mengelakkan diri dari perasaan ego, sombong dan takabur. Jangan sekali-kali beranggapan bahawa anda tidak mampu diganggu oleh jin, syaitan, iblis laknat terkutuk apabila sentiasa dekat kepada Allah. Pada hakikatnya, ramai yang datang kepada saya dengan pengakuan dan persoalan “mengapa dirinya masih boleh disihir sedangkan selalu mengamalkan sehingga 3000 zikir?” Yang sebenarnya, perasaan riak, sombong dan takabur telah hadir dalam dirinya.

Dari celah mana kemasukan jin tersebut? Jin, syaitan, iblis laknak terkutuk mampu untuk menerobos seseorang melalui celah-celah kesombongan dan keegoan, sekalipun sebesar zarah atau sebesar abu.

Kebersihan hati amat berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang. Justeru, bagi mereka yang ikhlas dan redha, jin,syaitan dan iblis tidak akan mampu mendekati orang yang mukhlisin.

Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada anda semua. Jangan lupa tingkatkan keimanan, ketakwaan, kesabaran, ketulusan, kebersihan jiwa dan rohani anda. InsyaAllah, anda akan terselamat dunia & akhirat.

Wallahualam. Sadaqallahul Azim.