Ahad, 24 Julai 2011

Kesan Panjang Gangguan Sihir

Memang sihir ini, apabila singgah kepada diri seseorang sama ada sihir ini ada prakarsa/kerjasama pemikiran jahat oleh manusia dan jin syaitan iblis atau wawasan kehendak daripada jin itu sendiri tanpa disuruh orang (dirasuk oleh makhluk halus), dan boleh dikatakan pasti tidak mempunyai target had waktu. Maksudnya tidak akan berakhir gangguan sihir itu tersebut pada diri manusia dalam jangka waktu yang pendek, tetapi sebaliknya mereka akan terus berada dan beranak pinak di dalam tubuh manusia tersebut. Gangguan sihir tidak akan berakhir pada tubuh manusia apabila manusia yang terkena tidak mahu mengubati atau tidak mahu berikhtiar untuk melawan mengusir atau menghentikan kejahatan ini pada diri orang yang terkena. Jadi, sihir ini ada yang membawa akibat menderita seumur hidup hingga mati dan tidak mungkin dia berakhir tanpa kita usir (adakan perlawanan dengan rawatan) dengan penuh sabar, yakin, gigih, carilah tempat perawatan yang tidak menyimpang dari akidah (Al-Quran dan Sunnah). Jenis sihir ini bermacam-macam bentuknya, kalau sihir membawa kepada gila, maka jadilah gila. Apabila sihir itu sakit kulit, maka sakit kulitlah pesakit tersebut. Dan begitu juga jenis-jenis sihir yang lainnya. Sebut sahaja jenis-jenis penyakit, ada di dalam sihir. Di samping kita berusaha untuk berubat, kita mesti mempunyai keyakinan yang kuat untuk membaca Al-Quran, insyaAllah di dalam Al-Quran itu terkandung ubat-ubatan untuk mengusir sihir. Jangan membaca Al-Quran secara sekali-sekala, bacalah setiap hari, paling kurang 2x sehari sebagaimana kita mengamalkan makan ubat. InsyaAllah anda akan mendapat perlindungan dan kesihatan daripada Allah SWT. Wallahu A'lam.

Khamis, 21 Julai 2011

Apa Itu Khadam?

Saya belajar dalam pengubatan alternatif dan kajian rawatan spiritual, sudah lebih kurang 45 tahun sampai saat ini dan sebagai perawat lebih kurang 40 tahun. Di sini saya tegaskan bahawa diri saya sendiri tidak pernah belajar atau mengenal sistem cara untuk merawat pesakit memakai kalimat kata-kata yang dimaksudkan dengan 'khadam'. Kalaulah seandainya yang dimaksudkan dengan khadam ini, makhluk Allah yang ghaib, alangkah berbahaya bagi pengamal pengubatan spiritual atau tabib alternatif. Mengapa berbahaya? Sebab makhluk ghaib ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, begitu juga dengan khadam tersebut. Bagaimana kita mampu membezakan mereka itu bukan daripada jin syaitan iblis laknat terkutuk yang mencari peluang membuat penipuan dengan manusia sebagai perawat dan manusia yang dirawat. Mari kita berfikir secara logik. Kita tidak melihat dan tidak tahu makhluk apa khadam ini kerana tidak dapat dilihat, sedangkan makhluk jin syaitan iblis dapat melihat kita, mereka sangat mudah sekali membuat tipu helah. Nah, kenapa kita membukakan pintu atau ruang kepada mereka untuk membuat pemesongan pemikiran dan akidah? Saudara dan saudari yang saya hormati, marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dan belajar bertanya kepada banyak guru yang arif dan bijaksana tentang ilmu alternatif yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Banyak berguru lebih baik daripada kita berguru berseorangan atau dua tiga orang, tetapi watak dan karakter kita sombong ego seolah-olah kita ini hebat dan sudah dalam ilmunya. Wallahu A'lam. Maha Benar Allah dengan ayat-ayatnya. Terlebih dan terkurang saya ucapkan ribuan maaf. Semoga bermanfaat untuk sahabat-sahabatku di fanpage ini.

Sahabat-sahabatku, tahukah saudara saudari pada diri saya suatu prinsip yang tak dapat digoyah lagi, iaitu tiada yang berhak disembah selain daripada Allah SWT dan kita minta tolong, meminta perlindungan, meminta bantuan kepada yang ghaib selain daripada Allah, HARAM hukumnya. Mengapa demikian? Jangan sekali-kali mempersekutukan Allah yang Maha Ghaib dengan ciptaan-Nya yang ghaib lainnya, JAUHI KESYIRIKAN walaupun dengan istilah apapun juga.Terima kasih. Wallahu A'lam.

Sabtu, 9 Julai 2011

Apakah benar Bunian itu Jin Islam?

menjawab persoalan salah seorang penanya di dalam fanpage:

Kita sedar bahawasanya Allah hanya menciptakan jin dan manusia hanya untuk menyembah sujud mengagungkan Allah. ini adalah titik tolak pedoman utama di permukaan bumi ini, manusia bermacam-macam ragam jenis warna dan panggilan bangsa. Contohnya Nepal, Negro, Cina, Amerika atau Melayu. Semuanya manusia ciptaan Allah. Begitu juga sebuah panggilan atau nama toyol, hantu raya, bunian, pocong, dan mungkin di negara lain berbeza-beza panggilannya (hanya sebuah istilah turun-temurun dari mulut manusia), tetapi Allah hanya menciptakan yang bernama jin, syaitan, iblis. Ini kita menyetujui apa yang dijelaskan oleh para ulama' yang diambil dari dalam Al-Quran dan hadis.

Di Mesir terkenal dengan pusat pengajian Islam, bukan bermakna di sana semuanya orang Islam. Ada Kristian, Katholik, Hindu, Buddha dan banyak lagi yang lain. Di Arab Saudi negara Islam tetapi manusia pun bercampur dengan macam-macam aliran agama seperti di Riyadh, Jeddah, dan tempat lainnya. Di sini saya jelaskan, penghuni hutan, gunung, lautan, dan tempat lainnya di permukaan bumi ini, bermacam-macam penghuni jin syaitan iblis. Ada yang kafir, ada yang beragama, dan juga mereka ini menjadi penjahat, gengster, pengkhianat, kaum inilah yang lebih banyak, yang Islam tulen itu sedikit. Begitu juga dengan penghuni hutan yang disebut dengan istilah bunian, mereka juga lebih banyak yang kafir (jahat) dan juga mereka memeluk bermacam-macam agama. Memang ada yang Islam tetapi sedikit sekali.

Kita tidak dapat melihat kaum jin ini, jadi kita secara logik tidak dapat memastikan mereka itu Islam semuanya. Apabila kita berani mengakui tanpa ada dalil fakta yang jelas, maka kita menjadi manusia yang lemah, mudah dipengaruhi, dibisikkan atau dengan cara apapun, jin syaitan iblis akan menguasai diri kita kerana kita membuat statement atau mengakui keberadaan yang tidak jelas. Wallahu A'lam. Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya. Maafkan saya jika anda tidak berkenan. Terima kasih

Selasa, 5 Julai 2011

Berwaspada Terhadap Gangguan Halus dan Ghaib Menghasut Keluarga (suami, isteri, anak-anak)

Jin, syaitan serta iblis laknat terkutuk (kejahatan sihir) adalah musuh yang terselubung yang setiap saat mengancam zuriat keturunan anak ADAM

saudara-saudara seiman yang bertaqwa kepada Allah, jangankan kita mendatangi bomoh dukun yang bersandarkan kepada kekuatan ghaib (jin, syaitan, iblis), kita umat Muhammad Rasulullah khususnya akan dikejar didatangi difitnah dan disesatkan oleh mereka jin syaitan iblis laknat terkutuk ini. dengan erti kata memberi dukungan kepada mereka yang mengamalkan kesyirikan bermakna kita membeli mengundang mengajak makhluk laknat ini untuk bersekutu dengan kita, makhluk laknat ini tidak pernah memberikan kebaikan kepada kita dan kehidupan rumah tangga kita tetapi sebaliknya mereka hanya menyusahkan, menghasut, melaga-lagakan, membodoh-bodohkan, menyakiti, melemahkan kekuatan kehidupan rumah tangga untuk menuju jalan keredhaan Allah, cinta kasih kepada Allah dan mereka pasti memporak-porandakan rumah tangga yang bahagia, rukun damai. Ancaman Allah neraka hina dina bagi mereka yang terlibat dalam kesesatan syirik ini.

ILMU HITAM (BLACK MAGIC) MEMBAWA KEHANCURAN KEPADA DIRI DAN KELUARGA ANDA

Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, apakah padah risiko menuntut ilmu yang salah (black magic), ilmu yang didampingi jin syaitan iblis laknat terkutuk atau popular yang disebut ilmu kebatinan yang syirik? Jawapannya adalah kehancuran dalam segala aspek kehidupan baik di dunia ataupun di dalam kubur dan seterusnya di akhirat. Kerana jin syaitan iblis laknat terkutuk hanya membuat penipuan kepada diri dan keluarga anda seolah-olah dia memberikan kebaikan yang sangat besar tetapi kesemuanya adalah penipuan dan tipu daya helah agar kita terpedaya yang  dia membawa mengajak membuat kerosakan dan aniaya yang lebih dahsyat (besar) untuk kesesatan penganiayaan kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka, jin syaitan iblis laknat terkutuk akan melemahkan keimanan ketaqwaan tuan-tuan dan puan-puan sehingga tidak ada di dalam kehidupan kita ini lagi untuk mentauhidkan Allah SWT. Semua kegiatan yang kita lakukan penuh dengan kesombongan takbur dan kita yakin apa yang kita perbuat semuanya adalah benar dan kita mengakui itu adalah kehebatan kemampuan kita sendiri, dan tidak ada keberhasilan itu datang daripada Allah SWT. Inilah kesombongan dan takbur yang ditanamkan oleh jin syaitan iblis laknat terkutuk kepada diri anda, bererti mereka berjaya membawa kita dan keluarga masuk ke dalam api neraka.

Ini baru satu aspek kesesatan yang ditanamkan kepada anda.

InsyaAllah selepas ini saya akan kupas mengenai contoh-contoh ilmu sihir (black magic) yang mungkin anda sedar atau tidak sedar untuk mencari membeli mendapatkan ilmu tersebut. PADAH RISIKO KEHANCURAN MENUNGGU ANDA.

Strategi Marketing Laknatullah Jin, Syaitan, Iblis kepada Anak Cucu Adam.

Tahukah anda? Apabila kita berkenalan atau berjinak-jinak dengan makhluk ghaib jin, syaitan, iblis terkutuk, maka kita bererti telah masuk perangkap mereka, kerana mereka berusaha dengan penuh tenaga memasarkan fahaman fitnah mereka kepada anak cucu Adam sebagai teman seperjuangan menuju Neraka hina dina dan di dunia anda akan menerima padah kehancuran sekeluarga, apalagi diri anda sendiri, segeralah kembali ke jalan Allah yang penuh dengan Rahmat dan keadilan InsyaAllah, Taubat Nasuha jalan yang amat terbaik, Amiin ya Rabbal 'Alamiin, Wallahu A'lam. Terima kasih sahabatku yang mengikuti, semoga Allah memberikan perlindungan kepada anda sekeluarga InsyaAllah.

Mukadimah



Muqadimah

Assalamu’alaikum wbkt. Segalapuji hanya milik Allah, kami memujiNya. memohon pertolongan, petunjuk dan ampunanNya. Dan kami berlindung kepada Allah dari kejahatan siang dan malam hari dari kejahatan nyata dan tidak nyata, zahir dan batin. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi besar, pembawa dan penerang alam semesta. Penyelamat dan penyejuk umat manusia, Muhammad Rasullullah SAW.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan maaf pada tuan-tuan dan puan-puan yang arif dan bijaksana yang memahami dan mengerti tentang apa itu ruqyah. Di dalam penjelasan ini saya akan cuba untuk memberi penjelasan menurut pandangan dan pendapat yang telah saya perolehi selama saya mempelajari dan mencari makna dan tujuan apa itu: hakikat ruqyah.
Kata “ruqyah“ berasal dari bahasa arab “ar-ruqyah” yang membawa maksud “penangkal”, “jampi-jampi”, ”mantra” atau “azimat”. Jadi dalam konteks ini, kita selaku seorang muslim yang baik dan taat haruslah memahami bahawa, meruqyah bermaksud menangkal atau menangkis segala sesuatu (segala macam bala, bencana dan segala bentuk kejahatan ataupun penyakit) yang dapat membahayakan serta memberi mudharat kepada diri manusia, makanya kita berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam hal ini Al-Quran dengan tegas memberitahu kepada kita, diantaranya dalam surah Al-Isra’[17] ayat 82 yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.
Ruqyah yang disyariatkan dalam Islam sebenarnya bukan hanya bersifat pengubatan atau terapi sahaja malah ianya juga bersifat sebagai pencegahan. Terapi dan pengubatan yang dimaksudkan adalah merangkumi gangguan jin, syaitan dan iblis laknat terkutuk. Pencegahan serta terapi bentuk inilah yang di khusus kan dalam catatan panduan ini.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa ruqyah syariah sebenarnya tidak terbatas  hanya pada terapi terhadap pengaruh ilmu hitam dan sihir sahaja, ia juga merangkumi terapi terhadap penyakit-penyakit fizikal ataupun mental yang biasa dialami dan dideritai oleh manusia pada umumnya. Begitulah mengikut pandangan para alim ulama yang arif dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu rawatan ruqyah ini.

Ayat-ayat ruqyah yang terdapat di dalam catatan ini hanya merupakan sebilangan kecil daripada ayat Al-Quran yang sering digunakan ketika merawat, sesungguhnya keseluruhan ayat Al-Quran merupakan penyembuh yang ketentuannya di dalam genggaman, kekuasaan dan kemuliaan Allah ‘Azza Wa Jalla yang Maha Luas ilmuNya.

 

Demikianlah sedikit mukadimah yang saya sampaikan semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan terhadap segala penyakit kita, memberikan kesihatan jasmani dan rohani, menghindarkan dari segala macam bala dan musibah serta memberi perlindungan dari segala macam kejahatan, baik dari kejahatan jin/syaitan/iblis mahupun manusia. Semoga Allah S.W.T menghapuskan serta menyucikan dosa-dosa kita, memberi kelapangan hati, mencerdaskan pemikiran, menerangkan jalan, meneguhkan iman dan memberkati segala amal kita, Aamiinn yaa Rabbal’aalamiinn.
Seandainya ada petunjuk dari tuan-tuan dan puan-puan yang membaca dan mengamalkan ruqyah di dalam catatan ini, saya dengan ikhlas dan berlapang hati menerima sebarang pandangan dan nasihat yang positif untuk kebaikan kita bersama. Semoga tuan-tuan dan puan-puan, dan diri saya sendiri serta keluarga mendapat manfaat dunia dan akhirat. Aamiinn yaa Rabbal’aalamiinn  Wallahu’alam.

Kuala Lumpur, 28 Rabiuawal 1432 hijrah, bersamaan 03 Mac 2011.
Engku Ansaruddin Agus.
PENGASAS PUSAT RAWATAN KOMLIMENTARI YASHFIEN